Saturday, October 27, 2012

LeMbU...oH...LeMbU...

Assalamualaikum w.b.t.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Salam hari raya haji untuk semua!

Raya Qurban tahun ni penuh dengan tragedi
mungkin ni raya terakhirku...
em...

tahun ni tak amik gambar pun
raya puasa and raya haji jugak...
kenapa ye?
huhu...
tak penting
kenangan tu sentiasa tersemat dalam sanubariku
wahahaha...

masanya dah tiba...
semua orang berarak ke padang
untuk melihat 4 ekor lembu yang redha dirinya dikorbankan
aku yang paling takut
b'coz aku memang takut lembu
tak tahu kenapa
dari kecil lagi memang dah takut lembu

bila dah sampai ke destinasi
kami bersalaman dengan orang2 kampung yang berkumpul kat situ
then sama2 tengok lembu kene korban
tiba2 ada sekor lembu ni...
huhu...
terlepas tali dari tangan tuan dia
apalagi...
semua orang lari berkeliaran
aku.....
dah tak nampak kiri kanan depan belakang
lari tak cukup tanah
sampaikan aku tinggalkan sorang pak cik tua kat belakang
memang tak sedar dah time tu
hahaha...
akut punya pasal
lepas tu
ada orang tegur aku yang aku tinggalkan pak cik tu
em,maaf ye pak cik
memang ada je orang lain kat belakag tu
ramai lagi berebut untuk selamatkan diri
tapi pak cik tu betul2 dekat dengan aku
bersalah jugak rasa...

then aku terus masuk pagar and duk tepi pagar je
bersama dengan along ang sepupu yang lain
tapi aku masih lagi takut
membayangkan lembu tu lompat pagar...
tak pun dia langgar pagar...
tak logikkan?
huhu...
negatif betul aku time tu

masa duk beramai2 dalam pagar tu
kami tengok hanya ada 3 orang je atas padang time tu
sorang yang pakai baju merah and baju putih kene kejar
sorang lagi cuba untuk membelit tali lembu tu kat pokok
tapi malangnya...
bila tali dah membeilt pokok
lembu tu lari mengejar si baju merah ke arah yang berlawanan dengan arah sebelum ni
jadi...
tali yang dah terbelit kat pokok tadi tu dah pun terbukak
huhu..
aduhai...cianya

lama jugak nak settlekan masalah lembu tu
aku dah pun balik ke rumah
dan berdoa semoga semuanya berjalan lancar
insyaAllah

tengah2 duk santai kat rumah
ayah balik
menceritakan apa yang berlaku
ramai jugak yang luka
terjatuh time lari tadi
pak sepupuku luka kat tangan b'coz terkene zink rumah jiran
ada sorang budak 3 tahun yang hampir jadi masa korban lembu
masa dia terjatuh
and lembu tu hampir2 tanduk dia
tapi tak jadi
mungkin lembu tu kesian kat budak tu kot
alhamdulillah la..
budak tu dapat diselamatkan oleh sorang lelaki

lepas lembu tu disembelihkan
dia masih lagi nak bangun
huhu
kuat betul lembu tu

aku memang tak tengok langsung
lembu disembelihkan pada tahun ni
tak tahu la kenapa
debaran semakin terasa
aku rasa saat itu semakin hampir
aku banyak habiskan masa dengan bersendiri
petang tu aku masuk bilik ma
and tido
tapi tak lelap pun
just nak jauh dari orang ramai
aku gundah

ya Allah..
tenangkan hatiku
aku pasrah dengan kehendakMu
Engkau tidak akan membebankan hambaMu
dengan apa yang kami tak mampu tanggung
jangan Engkau mudaratkan diriku dengan kata cacian orang lain
dan jangan Engkau alpakan diriku dengan kata pujian orang
limpahkan diriku dengan kasih sayangMu
hanya itu yang aku harapkan dariMu
amin..ya Rabb


Friday, October 19, 2012

...siJiL kUrSuS KaHwiN...

Assalamualaikum w.b.t.

Mengintai blog teman-teman...
masing-masing bercerita tentang persiapan perkahwinan
bestnya... =p

bajet...
kursus kahwin...
tema...
hiasan...
beli barang2...
macam-macam la...

banyak jugak masalah-masalah yang tak dapat dielakkan
ada jugak drama yang melucukan

terkesan bila baca satu blog teman
sijil kursus kahwin hilang
huhu...
kesiannya...
camana nak buat ye?

cara-caranya;
1. search nombor telefon tempat kita kursus tu
2. telefon pejabat agama tersebut
3. ikut arahan yang dia bagitau
    - isi borang di pejabat agama tu
    - mesti ingat tarikh kursus ... paling kurang pun,ingat tahun pun dah cukup
    - lebih kurang seminggu, dia akan call untuk result
   - then kita kena ambil sijil tu di pejabat tersebut (dia tak akan querier)

kesian la kalau buat kursus jauh2 kan?
em,si teman ni...dia dapat arahan untuk pergi menghadiri kursus untuk kali kedua
huhu...
tak logik la kan...
mesti pejabat agama dah simpan nama peserta yang pergi kursus kan?
hihi...macam-macam

eh,aku asyik bercerita perihal teman-teman je...
sijil aku kat mana aku simpan?
huhu... xD

gelabah aku cepat-cepat cari
mana taknya
sebelum raya
aku ada kemaskan barang-barang dalam bilik
masukkan dalam kotak
kosong je bilik aku
sebab aku nak tukar posisi katil,almari dan meja study
tapi aku tak ingat sijil tu aku letak dalam kotak yang mana
dalam kotak untuk simpan file-file...
tak ada jugak sijil tu
dalam kotak agreement loan...
pun tak jumpa
huhu...
dah naik cuak...
=(

takkan aku nak naik dungun pulak
entah bila nak guna...
relex la...
tak boleh!!!
aku kene buat segera
once nanti kalau nak guna
gelabah lagi...
huhu

aku terus call pejabat agama dungun
dia bagitau cara-cara nak apply balik
(cam aku tulis kat atas tu la)
so,lega la sikit
nanti bila dapat cuti 
boleh la aku naik dungun
lagipun annual leave aku banyak lagi
bulan disember komfom tak boleh cuti
bcoz dateline untuk submit audit bersepah time tu
so,aku dah tak risau lagi la about that
 tapi tiba-tiba je teringat something
..............

try tanya ma
ada simpan tak sijil kursus tu
ma tersenyum je
rupa-rupanya
time mengemas tu
aku dah bagi sijil tu kat ma suruh simpan
sebab aku takut tercampur dengan sijil-sijil lain

alhamdulillah...
semuanya dah beres
aku dah boleh nikah dah
hihihi...

BILA????
p/s; kalau ada dokumen penting dan segera, 
tak payah letak bersama dokumen lain.




Wednesday, October 17, 2012

...oRaNg & aKu...

Assalamualaikum w.b.t.

just to visit my blog...

b'coz tak tau nak pengisian untuk entri kali ni

aku jadi serba salah untuk menyuarakan sesuatu yang aku dengar dari seorang penceramah terkenal
tentang ilmu...berguru...amalan...ajaran sesat...etc.

susah bila tidak menyelami sesuatu ilmu...
hanya menerima dan menolak dengan lisan...dan persekitaran

apa nak jadi dengan diriku sekarang ni?

orang lain...>>

- yang masih study...sibuk untuk up kan pointer
- yang bekerja...mengharapkan dapat naik gaji.hihi
- yang nak kahwin...sibuk buat persiapan

tapi aku...<<<

- masih dalam angan2 nak sambung study...tapi tak jadi2 lagi
- dalam tekanan untuk dateline audit
- nak jugak kahwin...tapi bila?...

destinasi dunia yang gelap...
inginkan sesuatu yang kekal
sukar untuk digapai...

nak kata susah,ramai je yang dapat
nak kata senang,ramai jugak yang tak dapat...

dahagakan ia...
satu tak pernah cukup
seribu tak pernah banyak...

ya Allah...
aku merancang keranaMu
sesungguhnya perancanganMu jualah yang terbaik

tapi aku masih lagi takut
untuk menerima satu hakikat
innallaha ma'ana