Monday, April 22, 2013

...NiLaI kitA...

Assalamualaikum w.b.t.

Dah hampir sebulan aku disisi zauji
ehm,banyak dugaan yang tak terduga
kadang2 membuatkan aku tersenyum sorang2
hihi...

2,3 minggu pertama tu
betul2 boring
kerja aku kat rumah je
mengemas,memasak...
bila malam..
kerinduan kat zauji
huhu..
sunyi sangat bila zauji tak ada
tak boleh bercerita itu ini kat dia
dialah pendengar seetia bila aku bercerita
kadang2 tu sampai tertidur zauji mendengar cerita aku
huhu...
boleh pulak zauji jadikan cerita2ku itu sebagai 
pengulit mimpi dia
haha...=D

time ni lah aku boleh memasak sesuka hati je
kalau kat rumah
serba salah nak masak untuk makan sorang2
hihi...
ada sekali tu
aku berpakat dengan kakak2 iparku
untuk masak nasi lemak time weekend
dengan yakin
aku masak cam biasa lah
macam aku selalu buat kat rumah
tapi tiba2 kakak ipar nak masak nasi dengan dapur gas
ehm,boleh ke aku masak nasi menggunakan dapur gas?
(sebelum ni tak pernah buat cam tu,bubur nasi pernah leee...)

sambil ikan bilis dah pun siap
tunggu nasi je yang belum masak
huhu
cam biasa
tumis halia+bawang merah untuk tambah wangi
then letak daun pandan
time tu bau wangi semerbak la
agak2 cam jadi dah nasi tu
alhamdulillah
aku boleh control la kalau camni
pi mai pi mai
nasi tu dah lembik
masin lak tu
huhu
entah apa dah jadi
aku pun tak tau
hahaahhahaha
aku tak pandai nak kontrol api gas tu
sebab tu aku tambah air
and aku ter'double' letak garam
hahaha
lepas tu aku bagitau ibunda
dia gelak je
hihi...
aku boleh belajar benda yang baru

minggu lepas ibunda telefon
rindu ma....
dia suruh berkunjung ke rumah saudara mara kat sini
alang2 duk KL ni
aku telefon la mereka
then with zauji
aku ke bangi
rumah saudara mara aku
makan nasi kerabu
besh....
tengok budak2 main kolam
then malam tu
tengok bola with them
kelantan v atm
1st half tu aku sorang je gurl
hihi
semua gurlz kat tingkat bawah duk tengok cerita melayu
best la diorang ni
sempoi
2nd half tu baru lah aku berdua yang gurl
dengan mak sepupu
then diorang sempat lagi fight game bola
huhu
dah hampir midnight
zauji nak balik cepat sebab nak tengok game arsenal kat kedai mamak
mengamuk jugak zauji sebab memang dah tak sempat tengok
tapi zauji dah ok bila balik rumah

i've got the new job
jaga booth kat UIA
minggu pertama
agak janggal la
sebab ramai yang bertanya
amik jurusan apa kat UIA ni
tinggal kat mahallah mana
huhu...
aku banyak diam je
agak terbelit jugak lidah bila speaking dengan foreigner 
yang dialek yang agak kurang difahami
huhu...
penat jugak nak layan diorang tu
ada yang datang bising sebab tak tahu nak setting jam tangan
hahah
aku serahakn kat nombor fon kawan aku untuk handle brother tu
hehehe...

bila malam menjelma
aku kesunyian lagi
masa untuk bersama diri sendiri la
tapi zauji memang tak senang duduk la sebab 
aku boleh bersama diriku di malam hari
dia sibuk sangat akhir2 ni
tak de masa untuk diri sendiri
hihi....(gurau je)
jadi zauji serahkan kerja dia untuk mengisi masa malamku
hahaha
ok je..
aku cuba buat yang terbaik untuk dia

beberapa hari yang lepas
zauji nak luangkan masa dengan isteri dia
kami ber'steamboat' kat danau kota
semalam kami window shopping with kakak2 ipar n ipar duai
kami menghiburkan hati ke karaoke
tapi zauji duk risau kerja yang kene submit pagi isnin nanti belum siap
kami hantar zauji ke bilik dia untuk meneruskan perjuangan beliau
then kami balik ke rumah
tapi aku masih tak boleh tidur
tengah siapkan kerja zauji

hari ni aku tak ke UIA
booth tak dibuka
barang2 duk dalam kereta zauji
tapi zauji masih lagi sibuk
jadi aku hanya menuggu di rumah
tiba2 zauji balik...
ehm,ok tak zauji ni
nampak cam kurang hepi je
lepas tu aku menghepikan zauji
tapi aku memang tak jadi bukak booth tu
sebab hujan lebat sangat
zauji dah keluar
sambung kerja (ke balik tidur?ehm....) 

aku yang sorang 
duduk sorang2
takut jugak dengar guruh dan kilat
aku ingat nak masak jap untuk zauji..
see u soon..
ma'assalamah



...sEntiAsA DiHaTi...

Assalamualaikum w.b.t.

" Pertemuan kita di satu hari 
menitikkan ukhuwah yang sejati
bersyukurku ke hadrat Illahi
diatas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
dugaan yang menimpa diri
bersabarlah di atas suratan
ku tetap pergi jua"

Terima kasih kepada sahabat
kerana sudi berkenalan denganku
dan sanggup bersusah payah hidup bersamaku
meniti ranjau yang berduri





Tapi kini
segalanya telah lama berlalu
antara tidur dan jaga
aku sentiasa dalam memori itu

Setiap yang tercipta antara kita
sentiasa ada bersamaku
susah untuk aku memecahkan memori
yang menghalang laluanku
bila idak bersamamu

Akan ku simpan segalanya
dan ku tunggu
ianya kembali seperti sediakala
kerana
sahabatku adalah segalanya untukku



Tuesday, April 2, 2013

...wAnItA...

"Seindah hiasan adalah WANITA solehah"

Assalamualaikum w.b.t.

Tugasan terakhirku sudah disiapkan
cuma yang tinggal...
edit dan prepare for audit report je
yang lain dah pun tersedia
last day at office
thanks untuk semua...

balik kerja
makan
then packing pakaian
tak sempat nak rest lagi
mereka dah bising untuk bertolak ke KL
before that
masuk hantar along ke rumah mertua dia

i'm driving
bertiga with my friends a.k.a new bride
ku biarkan mereka berasmaradana di seat belakang
hihi..
i'm alone kat seat depan..

penat+mengantok...
si Bad bukak topik
"ketua bidadari"
jangan berhenti buat amal
beramal lah...
amalan kita mudah diterima
lebih2 lagi selepas kita kahwin
masa berdua ni lah boleh beramal bersama
bila dah bertiga
susah nak beramal lagi dah

apa pun ilmu yang kita dapat 
jangan tinggalkan tanpa mengamalkannya
istiqamahlah dalam beramal
sampai satu tahap...
kita akan rasa MALAS untuk beramal
itulah ujian paling besar yang diturunkan Allah
untuk menguji hambaNya
dan menaikkan taraf dan kedudukan makam hambaNya itu
jadi,
pada masa itu
janganlah terlalu mengikut nafsu
dan berhenti beramal
bersabarlah...
selepas dinaikkkan makam tersebut
kita akan rasa rindu untuk sentiasa beramal
dan rasa gelisah bila meninggalkannya

WANITA adalah makhluk mulia
dan diberi kelebihan
untuk mudah menerima setiap amalan
tetapi diuji dengan perasaan MALAS yang teramat
kerana itulah WANITA mudah rasa putus asa
dan tidak istiqamah
dengan setiap apa yang diamalkannya

kedudukan WANITA adalah lebih tinggi daripada suaminya
kerana wanita akan menjadi KETUA BIDADARI di syurga abadi
jika WANITA dicampakkan ke neraka
manakala si suami berada di syurga
suami akan meminta untuk menarik isterinya ke syurga bersamanya
tetapi WANITA itu bukan lagi KETUA BIDADARI
yang diidamkan oleh seorang lelaki

luangkan sedikit masa untuk diri dan bersama Allah
~Kenallah dirimu...maka kau akan mengenali Tuhanmu~

WANITA,
inginku luahkan disini
akan kebimbangnaku melihat bunga2 keguguran
layu ditaman nafsu
bunga2 dirosakkan
oleh tangan2 yang dibalut oleh nafsu ammarah

RATUKU,
kau bukanlah sekadar perempuan
yang menjadi sampah dunia
bertaburan dimerata tempat 
tetapi bunga yang mengharumkan dunia
kau bukanlah alas kaki untuk dipijak dan dipergunakan
tetapi asalmu daripada rusuk lelaki
tempatmu disisi seorang suami yang soleh

BIDADARI,
setiap kepahitan yang kau telan adalah dariNya
untuk diberikan madu yang manis kepadamu
Allah tidak akan menduga hambaNya
kecuali untuk melihat hambaNya
tersenyum disana

Jadilah seperti matahari
memancarkan sinar kepada dunia
jadilah seperti pokok tamar
dibaling batu
dibalasnya buah tamar
jadilah seperti sebiji telur
direndam air panas
namun isinya semakin kental,dan tabah
tidak seperti serbuk  nescafe
yang cair hatinya
mengikut arus dunia
apabila berada di dalam air yang panas

SAHABATKU,
bawalah daku bersamamu 
untuk kita sama2 mengecap kasih sayang Illahi
kejutkan aku bila aku terlelap dengan dunia
bangunkan aku jika aku tergelincir dalam nafsu ammarah

AYUH,
kita gegarkan dunia dengan kelembutan tanganmu
perlahan hentakan kakimu 
menghasilkan percikan air yang kuat 
pertahankan dirimu
sesungguhnya engkau lebih mulia disisi Pencipta kita

Aku dambakan keperibadian seperti Siti Fatimah
yang akur dan setia kepada ayahnya,
secerdik akal Siti Aisyah yang bijak menghiburkan hati Rasulullah tercinta,
setabah jiwa Siti Hajar dalam menempuh ujian Allah,
dan selangit cinta Siti Khadijah kepada Allah dan RasulNya