Saturday, May 3, 2014

...sHe iS a Mom...hE iS A dAd...

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah ya Rabb

Pada pagi due date ibnu roh ni akan dilahirkan
aku sakit perut yg kerap
tapi masih boleh bertahan
bagitahu zauji
dah banyak kali zauji ajak ke klinik or hospital
tapi aku masih berdegil ~memamg sifatku~
maghrib tu dah rasa lain macam sikit
kami bersiap2 ke klinik swasta dulu
kononnya nak cek keadaan ibnu roh dalam kandungan ni
tapi doc klinik dah tak berani buat apa2 lagi dah
sebab tu tanda2 nak bersalin
zauji terus bawak ke HRPZ kota bharu
bonda pun ikut sama ~dengan berkain sarung n purse pn xbwk,nk cpt punya psl~
sesampai je
cek kesihatan then cek 'jalan'
aduh...aku request doc perempuan
doc laki tu kate doc perempuan semua duk sambut bayi
macamana ni...huhu ~!@#$%^&*
bukaan baru 1 cm
keadaan stabil lagi
terus dimasukkan ke wad @ 12 mlm

semalaman aku tak dapat tidur
sakit+panas semacam je
pagi esk tu doc laki ~kawan zauji~ datang cek aku
doc kate kalau hari ni tak ada bukaan lagi,aku boleh balik dulu la
sebab aku takde contraction pain yang serius sgt
bila pakar datang cek
die suh scan perut sebab nampak macam dah terlalu ke bawah sgt
tut..tut..
memang bermasalah
sepatutnya dah lama aku bersalin
tapi jantung ibnu roh lemah.ketuban sikit...1.5 je
terpaksa induce
bila ada induction camni,mmg doc takkan tunggu lama la
hari tu jugak doc masukkan ubat
sebelum tu
cek bukaan dah 2 cm

7.30 pg doc masukkan ubat
satu hari aku tak makan apa2
selain makan kurma n air zam2 je
skali sekali minum air milo jugak
ptg tu mmg tak tahan sakit
nurse pekene ubat tahan sakit
punya aku tidur yang teramat nyenyak
tak rasa sakit
dah malam tu
baru rasa sakit sebab kesan ubat dah hilang
mlm tu jugak doc laki ni gelisah
sebab jantung ibnu roh lemah je
pukul 12 tgh mlm
aku terpaksa ditolak ke labour room

selepas proses pecah ketuban dan segala prosedur bagai dijalankan
aku diminta utk berehat
zauji dipanggil utk menemaniku
doc bagitau yg jantung ibnu roh lemah sgt
dah banyak kali buat CTG tp masih lemah jugak
the last CTG tu,kalau masih lemah jugak
kene caesarean
kalau boleh mintak dijauhkan lah
aku dah gelisah
"abg,cyg mintk maaf ye kalau cyg terpaksa surrender...utk bby kita jugak"
"inshaAllah tak de papelah...semuanya selamat"
"tapi tak cyg tak makan pape pun hari ni..nnti xde tenaga nak teran"
"Allah ada"
ya Allah...
tingginya keyakinan zauji pd Kebesaran Yang Esa
last2 doc kate CTG comey dah...tak kene operate la
alhamdulillah...
tunggu masa untuk meneran...~~

zaujilah peneman dikala aku kesakitan
kitorang borak2,gelak2
zauji bercerita itu dan ini
pengubat kesakitan
aku request ubat tahan sakit sbb aku nak tido jap...~boleh pulak cmtu~
sambil2 pejam mata tu
bibirku tak lepas dari mengingati Allah
aku serahkan segalanya kepada Yang Esa
aku redha
sambil2 tu jugak zauji duk membebel
hihi
zauji mengingatkan aku cara meneran,itu dan ini
mulutku dah tersangat kering
bibirku pun sama
zauji basahkan sapu tanganku
lap bibirku,mukaku,membelai diriku...
tenangnya rase bile suami disisi

saatnya dah tiba...
wahai teman,
ku ingin khabarkan kepadamu
saat kesakitan itu nikmat
bila aku sudah bergelar seorang ibu
menitis air mataku
menerima pelukan istimewa
daripada si comel yang diletakkan diatas dada si ibu
menitis lagi air mataku
mendengar azan dan iqamat dilaungkan oleh si ayah
air mataku terus menitis 
mendapat ucapan paling berharga daripada si suami
'terima kasih sayang'
itu lah saat paling bahagia

wahai sahabat,
aku kini bergelar seorang ibu
meleret senyuman yang tak lekang dari bibirku
sepanjang aku berada di wad
bersama si ibu yang lain
kami masih tersenyum walaupun
badan kami masih terketar2 menahan kesakitan
mata kami masih tak boleh dilelapkan walaupun
penat dan letih menguasai diri
siapa sangka
kami dapat membahagiakan banyak hati
hanya dengan melahirkan seorang anak kecil
kurniaan dari Allah 
ya...kami bahagia

wahai kawan,
aku sedang memikul satu tanggungjawab yang besar
satu pengorbanan 
satu kesakitan
satu kesabaran
untuk satu nyawa baru
menuju satu kebahagiaan
ya...benar bagai dikata
untuk menjadi seorang ibu
memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi
kerana sesungguhnya
kesabaran itu membawa kebahagiaan
waktu berpantang yang tidak disukai oleh semua kaum ibu
tapi paling manis ku rasakan
hanya insan yang bergelar ibu
dapat merasai kemanisannya

wahai dunia,
sambutlah si kecil ini dengan tasbih kepada Allah

kerana

kehebatan ciptaan Allah
dari setitik air mani
menjadi seorang hamba Allah...

kerana

lahirnya seorang lagi anak adam
pewaris umat islam
penyambung jihad fi sabilillah...

Amin ya Rabb...