Saturday, November 14, 2015

Bismillah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..
hari ke 41 dah pantang
pantang lagi ker?
kihkihkih...

alhamdulillah...
bestnya mandi bunga
segar giittu..
lebih2 lagi orang yang mandikan...wahaha

Alhamdulillah...
order masuk lagi
rezeki bertambah lagi
rezeki pinjaman dari Allah

see u soon..tada
wassalam

Saturday, September 19, 2015

...dAh bErSaLin?...

Bismillah...

Assalamualaikum:-)

Detik 12 tghmlm 15 September 2015
Sakiiiit sangat perut
Baby sangat aktif
Kepala dah pusing,ting tong..
Tapi masih fikirkan nak pergi hospital ke tak nak
Malas nak kejutkan orang tidur
Takkan nak drive sendiri pulak kan?
Waduh..

Bngun jalan2
Mengadap pc,layan tazkirah macam2 ustaz la
Tapi tak nak ada kaitan dengan nak bersalin
Sebab malas nak fikir tentang sakit..ekekeke
Last2 hampir subuh baru rasa tenang sikit
Lepas subuh berkira pulak nak tidur ke tak nak
Sebab lepas tu kena pergi check up
Kepala dah berat sangat dah -_-

Masa check up,nurse kata berat turun banyak
Sebelum ni naik stengah kg/statik je
Pastu pulak,ukuran perut berkurangan dari minggu sebelum ni?whyyyy?
Nurse risau takut dah nak bersalin la kot
Kena refer klinik kesihatan untuk jumpa doc and scan tengok keadaan baby
Nurse said "kalau ketuban kering,awak kene admit and kena paksa bersalin dah tu"
Kedengaran agak ngeri la jugak.wahaha
Dalam hati, 'bersalin awal takpe,tapi bukan hari ni..bukan tarikh ni..'

Kena menunggu sampai pukul 2 petang baru boleh jumpa doc
Dah scan bagai..takde masalah pun
Semuanya chanteeek
Alhamdulillah...

Petang pulak baby meragam
Dia punya mengeras tu...aduh..macam dah nak bersalin dah lagaknya
Sampai ke malam jugak la aku menahan
Sebab tak nak bersalin pada tarikh ni punya pasal,sanggup duk diam kat rumah..hehe

Dan akhirnya detik 11.35 malam, baby dah mula letih kot
Kalau sakit lagi pasni,aku nak ke hospital
Dah boleh nak bersalin lepas jam 12 nanti
Lagi best sebab tarikh tu 16 September 2015
Malaysia cuti..hihi
Nanti Malaysia akan cuti pada tarikh besday anak aku
Wahaha..berangan je!

Sebab dah penat bersilat dalam perut ummi
Baby pun tidur...aku agak je la sebab dah diam dah tu
Yang penting,biarlah 15 September berlalu
Dengan bermacam2 cerita zaman dahulu
~once upon a time...~

Pssst...sempat bukak fesbuk,Lisa surihani bersalin pada tarikh tu,jam 11 lebih..eh!

Malam ni lagi sekali tak boleh tidur sebab baby minta dimanjakan..
OK..nak layan baby dulu ye..
Gud nite world!
Wallahu a'lam
Assalamualaikum


Thursday, April 30, 2015

...mengapa ESP Shaklee?...

Bismillah
Assalamualaikum...

ESP ni ape sebenarnya?
ESP atau nama surat beranaknya Energizing Soy Protein

Ni ha rupa empunya diri

Berat 850gram
Didatangkan dalam bentuk canister dan serbuk,boleh dibancuh dengan air suam atau air kosong.. Air panas tak digalakkan ye!sebab nak menjaga protein supaya tidak musnah pada suhu yang tinggi.
Boleh juga dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, Horlicks,jus etc.

Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi.
Kalau nk tahu Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan soya.
Ia dicipta oleh Dr.Shaklee pada awal tahun 70-an.
ESP diiktiraf diseluruh dunia dengan kajian klinikal dan telah membuktikan memiliki kualiti protein yang tinggi pernah dihasilkan.

Kacang soya yang pernah digunakan oleh Shaklee hanya mempunyai "non-GMO" ( non genetically modified organism)
dimana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tiada pengawet untuk menggemukkan soya ESP.

Setiap 850gram (1 canister) ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. ESP satu-satunya produk yang menyediakan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia.


#Kenapa ramai yang memilih ESP?

1) ESP menjadikan kulit halus,gebu dan berseri.
2) ESP juga dapat menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikan payudara.
3) ESP membekalkan tenaga,tidak mudah letih.
4) Bagi ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat dan merupakan milkbooster yang hebat.
5) Ia juga menghasilkan susu yang pekat dan berkrim yang membolehkan anak-anak sangat kenyang dan tidur yang lama.
6) Bagi ibu mengandung,ESP membantu dalam perkembangan fetus dan memberi kesihatan yang optimum kepada si ibu.
7) Cepat kenyang dan membantu untuk mencapai berat badan yang ideal
8) Berupaya menghilangkan parut jerawat dan parut luka kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein untuk menggantikan sel kulit mati dengan sel baru.
9) Membantu mengurangkan eczema dan masalah kulit.

#Protein

Penting ke protein ni?
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan organ dan tisu dalam badan. Sebab tu lah orang yang luka, lepas pembedahan perlukan protein untuk cepatkan proses pemulihan tu.

Bagaimana pula kalau badan kita kekurangan protein?
1) Boleh melemahkan sistem imun badan untuk melawan penyakit.
2) Masalah lebihan air dalam badan
3) Kehilangan kepejalan otot
4) Bantut pertumbuhan
5) Masalah penghadaman
6) Masalah penghasilan darah ---> hormon ---> kegagalan fungsi organ ---> MAUT

Dalam makanan seharian kita pun ada protein tapi kita tak pasti samada protein tu masih berfungsi ke tidak lagi. Ini disebabkan oleh tahap pemanasan yang tinggi untuk mematikan bakteria dalam makanan boleh mematikan protein.

#Kelebihan ESP

1) Awet muda-Asid amino penting untuk membina otot,kuku,darah, organ dan kulit.

2) Baik untuk hormon-Membantu merendahkan paras kolestrol,mencegah osteoporosis & sakit jantung.

3) Kulit remaja-Mengurangkan kedutan,mempercepatkan sembuhan luka & mengurangkan kesan parut.

4) Pembekal tenaga-Baik untuk kekal bertenaga.

5) Membaiki mempri-Meningkatkan kualiti memori, vitaliti,dorongan seksual & ransangan.

#Siapa yang perlukan ESP?

1) Semua lapisan masyarakat

2) Ibu-ibu yang sibuk,boleh memberikan tenaga yang berpanjangan

3) Yang ingin menguruskan dan melangsingkan badan,ESP boleh memberikan rasa kenyang yang lama 

4) Ibu-ibu yang memberi susu badan boleh memperbanyakkan susu yang berkualiti dan pekat.

5) Pesakit kencing manis boleh mengambil ESP kerana ia melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

6) Yang mementingkan penjagaan kulit,ESP membantu menghilangkan parut jerawat,menjadikan kulit anda halus mulus.

#Cara penggunaan ESP

*2 hingga 3 kali sehari
*2 sudu besar 
*ketika perut kosong
*boleh dicampurkan dengan jus, susu, oat & lain2
*elakkan campuran minuman berkafien dan minuman yang mempunyai gula yang tinggi

AWAS!
 PESAKIT BUAH PINGGANG & CYST/FIBROID DILARANG MENGAMBIL ESP

Wednesday, March 25, 2015

...jatuh cinta dengan ESP...

Bismillah
Assalamualaikum...

Entry kali ni nak bercerita tentang cinta
Ekeke..

Selepas keguguran 2 tahun lepas,mak sepupu ade suggest amik produk Shaklee..
Sekali tengok harga!!!!!!
Xpela..
(Ni la aku..brg lain mahal xberkira,utk kesihatan...bkn main berkira lg)

Bila dah disahkan mengandung lg,aku tergerak hati nak tanya set mengandug
Kira punya kira...
Em,last2 amik ESP je..
Consume ESP, uhu..xleh telan beb!!!
Dia punya bau soya pure sgt2...memang xde campuran ape2 dah


Promosi bulan Mac 2015


Masa tu darah aku ni bermasalah sikit..doctor kate HB low
Mak sedare xbg aku guna ESP sbb soya akan telan zat besi
Ye ke?blh main telan2 pulak ke?

Lepas xguna ESP asyik gastrik,letih je..
Yela,morning sickness ni masa makanku asyik tak menentu
Tak puas hati sebab xleh minum ESP dh..sob,sob...

Pe lagi...tanya mak cik google la...
Si google kate, HB low ni kene amik zat besi..
Selang 2 jam baru boleh minum soya@makanan yg menghalang penyerapan zat besi...
Contohnya kafein,susu...seeloknya mkn zat besi ni bersama vit c..cam air limau nipis ke,buah limau cmtu la...
Seeleoknya jugak,kalau nak amik any supplement utk naikkan HB ni kene selang sekurang2nya sejam sebelum dan selepas makan
Sebab kita tak tau makanan yg kita makan tu ade tak yg menghalang penyerapan zat besi..

Tu dia..xde kaitan ngan ESP Ku sayang pn
Proceed guna ESP... Alhamdulillah..segar.
Sebelum due tu,susu badan dah pun keluar sikit2..
Ready dh nak terima orang baru...

Allah bagi jalan dan masa untuk kita mencari penyelesaian dalam setiap masalah yang Dia datangkan
Bukan untuk memaki hamun masalah
Dan bila masalah dapat diselesaikan
Bukan kerana kita hebat..tapi dengan izinNya


Monday, March 16, 2015

LET IT GO


Let it go,let it go
Can't hold it back anymore

Bismillah...
Assalamualaikum 

Fuuuuhhh...
keluarkan habuk2 dulu...

Dah lama ye aku tak update blog ni
tiba2 jadi rajin pulak harini
haha

sebenarnya...
seperti tahun2 yg lepas
15/3..is the date
tapi aku biarkan hari itu berlalu

SELAMAT ULANGTAHUN PERKENALAN&PERSHABATAN KE 13
untuk sahabaku yang jauh dimata dekat dihati

ha,itulah dia penyebab mengapa aku nak sangat update blog
pejam celik dah pun 13 tahun kita kenal
tapi sekarang ni masing2 dah berkeluarga kan...
dah lama jugak laaa kita tak berchatting ye
last chatting masa aku dapat anak tahun lepas

banyak kenanagan manis dan pahit kita lalui
tapi bagi aku,semuanya manis..manis bergula gittu
ekeke

bila ye agak2 kita boleh jumpa lagi?
rindu pulak nak berpotpet potpet
tak sah ye kalau jumpa tak bergaduh
wahahaha
the past is in the past
let it go......let it go

aku harap once nanti semuanya kembali macam muda2 dulu ye
~uish...sekarang pun muda lagi~
rindu banget sama kamu yg dulu
hihi...

doaku
kita semua bahagia dan dimurahkan rezeki..
diberkati oelh Allah dalam setiap apa yg kita lakukan
insyaAllah...
amiin....

Tuesday, July 1, 2014

...pejuang islam kami...

Assalamualaikum w.b.t...

SALAM RAMADHAN KAREEM...

Alhamdulillah...
Ramadhan yang bermakna untuk kami
tahun2 lepas...
Ramadhan bersama sahabat2 rumah sewa
kemudian bersama keluarga tercinta
penghijrahan tahun lepas membawa aku 
menyambut Ramadhan bersama zauji
alhamdulillah tahun ni bersama orang ketiga kami
pelapis pejuang islam
Ahmad Aswad Assufi bin Muhammad Abdul Shahiid

malam bermulanya Ramadhan...
tidurkan baby
then solat jemaah dirumah MIL
bila nak start solat terawikh
baby dah bangun
minta susu
aku susukan dulu
sementara yang lain teruskan solat terawikh
bila dah tidur
mereka dah pun siap solat
hihi

1st sahur kat rumah MIL
baby kejutkan umminya pukul 4 pagi untuk menyusu (mmg jadual harian baby)
kemudian aku boleh tolong ummi menyediakan sahur untuk family
bersama tiga adik beradik lelaki zauji
berbuka dirumah my mum...
baby elok je tidur...tak bangun macam kebiasaan (sebelum maghrib)
tapi untuk 2 hari lepas tu baby turut sama menemani
aku dan family untuk berbuka
hihi...
kesian baby...
tengok je...
sambil telan air liur
huhu...
sabar je la syg...

bila malam menjelma
baby susah nak tidur
aku dah tak tahu nak buat camne lagi dah
sampai pukul 2,3 pagi baru tidur
~~tolonglah ummi syg...~~~ ^^

baby asyik nak bermanja dengan ummi sepanjang hari
bila dah tidur
aku buatlah apa yang patut
taksampai 5 minit
baby dah bangun
tapi bila aku temankan baby tidur@ always beside him
tidur punya lama
selama aku berada disisnya
huhu...

maka oleh itu
bibirku dibasahi dengan ayatul Quran
dan zikir2 (bukan utk ulit baby semata2 la)

alhamdulillah
baby sedang mentarbiah diriku
supaya banyakkan zikir dan tasbih
dan juga banyakkan bersabar

itulah anugerah yang bernilai
dari Allah untuk aku
my little precious
pelapis pejuang islam
bakal ahli sufi...ahli syurga
insyaAllah...

...tAfAkUr...

Ya Allah...Ya Allah...
Ya Allah...Ya Allah...
Ya Allah...Ya Allah...
Ya Allah...Ya Allah...

Di keheningan malam
tafakur di kesyahduan
merindui janjiMu Tuhan
bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
taubat segala dosa
moga terangkat penghijab kalbu
antara Kau dan aku

Ya Allah Ya Tuhanku
ku sujud pada kudratMu
ku serahkan jiwa ragaku
pada takdir iradatMu

Pimpimlah daku dalam redhaMu
kasihi daku dalam rahmatMu
hanya padaMu aku mengadu
Ya Allah Ya Tuhanku