Thursday, January 21, 2010

...mEnCaRi TeNaNg...

Bagaiamana ketenangan akan dititipkan sekiranya diri kita masih tidak ketahuan?
Ujian yang datang dirasa seolah-olah seperti batu besar yang mneghempap badan,
sedangkan itu hakikat tarbiyyah dan penapisan dari Allah.

Seandainya kita adalah orang yang paling sibuk,
kita sepatutnya merupakan orang yang paling tenang.
Kerana jiwa kita tertarbiyyah dengan taujihat dan peringatan langsung dari Allah.
Ketenangan akan datang apabila kita merasa bersama Allah dalam setiap pekerjaan.
Ketenanghan akan hadir bila kita mampu kembalikan susah dan senang kita pada-Nya.

Peruntukkanlah satu ruang khusus untuk bersendirian merintih pada tuhan,
sumber ketenangan adalah Allah, dan ia hanya akan diberikan kepada mereka yang tidak putus2 meminta.

Sekiranya Rasulullah menjadikan solat sebagai qurratul 'ayyun dan peluang untuk berehat dari segala keresahan dunia, kita juga perlu begitu.
Hanya wasilah taqarrub dan keintiman kita dengan Allah akan menentukan istiqomahnya kita di jalan ini.
Kita mungkin mampu menjadi pemimpin yang hebat di mata manusia.
Kita mungkin mampu mengatur strategi dan perencanaan melebihi orang lain.
Tapi kita tidak pasti nilaian diri kita di sisi Allah.
Sekiranya kita di sisi manusia dipandang tinggi, biarlah nama kita juga harum seperti di kalangan penduduk langit, biarlah kita diseru2 dan biarlah kita ini yang sentiasa diminta pengampunan oleh para malaikat.
Biarlah kita menjadi hamba yang sebenar2 hamba,
tunduk dan patuh pada pencipta.

Dhaifnya manusia,
is terkadang tunduk pada emosi dan naluri melebihi ketundukannya kepada Allah kerana itu keresahan dan kegelisahan yang menghuni hati.

Justeru, jadikanlah segala gerak kerja kita sebagai wasilah memperoleh ketenangan.
Memang kesibukan bertali arus.
Memang kepenatan tidak berkesudahan.
Tapi tetaplah tersenyum, zahirkan ketabahan.
Kita sebenarnya diberi hadiah oleh Allah untuk mengumpul pahala darinya.
Tak terasakah beruntungnya kita??

Teruslah memujuk hati agar terus bermujahadah melawan nafsu yang inginkan kerehatan.
Mujahadah yang berterusan akan melahirkan kemanisan,
dan kemanisan itulah ketenangan yang dicampakkan Allah ke dalam jiwa hamba2-Nya yang terpilih.
InsyaAllah...
Mudah-mudahan kita adalah salah seorang di antara mereka...

2 comments:

sufygirl said...

slm,
ni tulis sendiri ke...or dapat sumber dari mana ye

sU_sAtRiA87 said...

salam jie,
ni pesanan dr seOrg ustzh kpd seOrg pelajarnya..
tak tau la ustzh dpt dr mane..wallahua'lam