Monday, January 18, 2010

...pUnCa aKaL RosAk...

Makan minum adalah antara faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan otak.
Di antara petua menjaga minda dalam makan minum ialah;

  1. Sering makan makanan/buah-buahan yang masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau secara berlebihan boleh menyebabkan lupa, menurut Imam Az-Zuhri
  2. Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa
  3. Ketagihan candu,dadah,rokok,tembakau (dan sewaktku dgnya) akan merosakkan otak.
  4. Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal/malas berfikir.
  5. Sering makan organ dalaman binatang seperti limpa,hati,perut,jantung dan lai2 secara berlebihan akan membuat otak mudah lupa
  6. Memakan makanan sisa haiwan perosak seperti lalat,semut,lipas dan tikus juga boleh melemahkan otak.
  7. Kerap memakan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor boleh mempengaruhi kelemahan perkembangan otak
  8. Rasulullah s.a.w. mengelakkan umat Islam memasak makanan sediri dan tidak menggalakkan maka dan minum di luar kerana ini lebih menjamin kehalalan dan kesuciannya. Sabda Nabi s.a.w. bermaksu; "Kebiasaan (amalan) makan dan minum di pasar adalah suatu yang merendahkan martabat." (Hadis riwayat Ad-Dailami)
  9. Banyak makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa seperti Monosodum Glutamate (MSG) dan bahan pengawet kerana tidak baik untuk otak.
  10. Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan
  11. Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan, terutama otak dan bahagian pipinya (insang) mengandungi kadar asid yang tinggi.
  12. Memakan makanan basi/hampir basi tidak baik untuk kesihatan

*Jangan minum semasa makan.

AMALAN PEMAKANAN RASULULLAH S.A.W.

  • Elakkan memakan makanan yang sejuk sifatnya seperti ais
  • Biasakan berpuasa sunat, sekurang-kurangnya 3x sebulan/2x seminggu.
  • Makanlah secara berjemah yang akan mendatangkan berkat. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud; "Berjemaah itu rahmat." (Riwayat Muslim).
  • Jangan makan makanan yang terlalu panas kerana tidak baik untuk lidah kerana pada waktu malam akan menyebabkan keluarnya air liur basi ketika tidur. Ia berbau busuk dan hukumnya najis.
  • Tanggalkan kasut ketika makan supaya kaki mendapat kerehatan yang lebih terutama bagi perjalanan darah.
  • Mulakan makan makanan yang berada di tepi pinggan/di tepi hidangan dan berakhir di tengah kerana rahmat Allah berada di tengah.
  • Basuh mulut dengan air selepas makan.
  • Makanlah hingga ke butir nasi yang terkhir
  • Makan terlalu banyak menyebabkan keras hati/kurang peka.
  • Inai adalah pewarna. Ia boleh menghindarkan sakir kepala, mencerahkan penglihatan dan menguatkan kekuatan seks.
  • Keju memudahkan tidur dan menjadikan penghadaman yang lancar.

No comments: