Wednesday, December 14, 2011

...10 SiFaT iStEri sOlEhAh...

Assalamualaykum...

"Adalah aku
wali puteriku
serah kini amanahku ini padamu
nafkahilah dia
curah kasih dan cinta
lebih dari yang ku berikan kepadanya"

Sedar tak sedar, dah ramai sahabat yang dah pun melengkapi separuh agamanya
cuti ni pun banyak undangan sahabat perlu dihadiri
sorang lagi BFF akan menamatkan zaman bujangnya
tahniah untuk sahabatt2 sekalian!

teringat gurauan sahabat, jie...
beliau suh aku kawin lewat...
coz blh tumpang nak kenduri sahabat2 yg lain
kalau aku dh kawin nnti susah la nk tumpang kete coz dh ade husband...
ye ke cmtu?
hihi...

bertanya khabar  melalui emel dengan BFF
yang sedang menahan diri untuk menghalalkan yang haram
aku bertanya kpd beliau

"nape sampai tak tahan sangat?"

ntah kenapa aku bertanya camtu
bagiku...bila dah tiba masa, nikah je la...
lagipun beliau tak pernah mendekati wanita
dan berada dalam bi'ah yang godaan terkawal
so,tak ada apa yang perlu dirisaukan
senangkan...?huuhu..
bertanya lagi...

"dah cukup ke ilmu untuk masuk ke gerbang perkahwinan?"

sedangkan aku tau ilmu yang kita cari takkan pernah cukup
dan takkan pernah habis...unlimited
tapi nape aku tanye cmtu?

jawapannya sebab 'aku bukan berada ditempat beliau.'

terbaca pula blog sahabat yang cumil
si joyah bercerita tentang rumhtangga yg baru didirikan lebih kurang 7 bln yg lepas
menyentuh soal taat kepada suaminya
yang nampak remeh pada pandangan masyarakat sekarang
tetapi tidak bagi pandangan Allah...
(sori ye joyah...u r a gud wife..terbaeekk.. (^_^)

andai kata wnita tidak memerlukan suami
kerana merasa cukup dengan kedua ibu bapanya,
tentu ibunya adalah orang yang paling merasa cukup tanpa suami.
tetapi wanita diciptakan untuk lelaki
dan lelaki diciptakan untuk mereka...si perhiasan dunia!

Berdoa Rasulullah s.a.w kepada puteri Baginda Fathimah Az-Zahra dengan Ali bin Abi Thalib yang bermaksud;
"Semoga Allah menghimpun yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan kualitas keturunan mereka, menajadikan pintu rahmat serta pemberi aman bagi umatnya."
ameen ya Rabb...

maka, peliharalah 10 sifat ini untuk kebaikan diri dan generasi akan datang;

1 & 2 - Berkhidmat dengan rasa puas & taat kepadanya

3 & 4 - Memerhatikan tempat pandangan matanya & bau yang diciumnya.
            Jangan sampai matanya memandang buruk daripadamu &
            jangan sampai dia menghidu kecuali yang harum daripadamu

5 & 6 - Memerhatikan waktu tidur & makannya.
             Lapar yang berlarutan & tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

7 & 8 - Menjaga hartanya & memelihara kehormatannya serta keluarganya.

9 & 10 - Jangan membangkang perintahnya & jangan membuka rahsianya.
              Jika tidak mentaatinya, bererti melukai hatinya.
              Apabila membuka rahsianya, kamu tidak akan aman daripada pengkhinatannya.

Selain itu, janganlah bergembira dihadapannya ketika dia bersedih
dan bersedih diwaktu dia bergembira.
Jadilah orang yang sangat menghormatinya,
tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah orang yang selalu sepakat dengannya,
tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah
                                               &
Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

'Sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredhaannya daripada keredhaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu suka @ yang kamu benci. Maka Allah akan memberkatimu.'




p/s; aku pulak yang rase tak sabar nak kawin...hihi ~gatal~ T  T

No comments: