Allah sentiasa menguji sesiapa saja selagi dia dinamakan manusia. hamba Allah
Alhamdulillah...
zauji dah semakin pulih
seperti yang dirancang
aku menghantar zauji ke KL
macam biasa
dah sampai sana
zauji takkan habiskan banyak masa bersamaku
disettlekan kerja2 yang tertangguh sekian lama zauji bercuti
hukhuk...
kesian pulak tengok zauji
dah la kena pantang makan lagi sekarang ni
once upon a time
che da (kakak iparku) ajak kami keluar jalan2
kami ke JJ Wangsa Maju
sekarang ni dah tukar ke nama Aeon
zauji belanja buku2 ilmiah
che da pulak nak sangat ajak kami pergi makan burger bakar
kat Deli German
tapi zauji tak boleh makan lagi...
tiba2 zauji kata hari ni je nak on
zauji nak makan je apa2 sebelum aku balik kelantan nanti
ehm,aku ok je
tapi kesian pulak zauji...nanti sakit dia datang lagi kalau dia tak pantang makan
akhirnya kami pergi jugak
esoknya pulak,
zauji ajak aku untuk siapkan kerja dia di studio
huhuhu...
ramai jugak kawan2 zauji kat studio tu
tapi segan la pulak
ehm, apa nak disegankan
diorang pun masing2 sibuk dengan kerja
susah jugak kerja zauji buat tu
aku tolong zauji buat kerja yang mana boleh
then malamnya zauji hantar aku ke stesen bus untuk pulang ke rumah
dua minggu ni aku rasa lain sangat badan aku ni
tak sedap badan
abang shah kata aku sekarang ni ada tanda2 pembawakan bayi
betul ke?
memang aku selalu je mual2 bila lepas makan
ahh....abaikan
nanti aku cek la
hari kamis lepas
aku betul2 demam
badanku penat sangat2
rasa memang dah tak boleh nak drive kereta balik kerja
tapi aku cuba jugak
dah sampai rumah
aku tidur aje
pagi jumaat tu memang tak boleh bangun langsung
malam tu abang ipar, kak long and bonda membawa aku ke klinik di pusat bandar
sesuatu telah terjadi kepadaku
aku diberi cuti 2 minggu
zauji sampai di rumahku pagi sabtu
zauji yang mengemas rumah, membasuh pakaian dan memasak untuk aku
terharunya
aku beritahu zauji tentang segalanya
zauji sedih sangat
bila dapat tahu kandungan aku dah tak ada lagi
sedih sangat
zauji ponteng lagi 1 hari
isnin malam baru zauji naik KL
aku ditinggalkan seorang diri lagi di rumah
menjalani kehidupan macam biasa
aku tak larat nak bangun mengemas rumah dan memasak
ayahnda yang datang hantar makanan
hari ini dah boleh mengemas rumah sikit2
tapi tak boleh berterusan
aku cepat penat
badan aku tak stabil lagi
kesedihan masih ku rasakan
dalam seminggu ni berat badanku pun menurun 5 kg
aduhai...
mana taknya...
kena pantang makan
lagipun memang aku tak selera nak makan
rasa pahit mulut sebab aku masih lagi demam
lepas ni aku tak boleh biarkan diri aku demam lagi
ini boleh menjejaskan kandungan aku
antara sebab lain yang boleh melemahkan kandungan ialah kerja aku
mungkin terlalau stress
atau pun aku tidak boleh mengangkat barang2 berat
kat office tu
aku cuma mengangkat file2 audit je
mungkin aku rasa yang aku mampu mengangkat
sedangkan badanku tidak mampu menanggung bebanan tersebut
untuk zauji
jangan sedih ye
la takhof wa la tahzan
innallah ma'ana...
No comments:
Post a Comment