Assalamualaikum w.b.t.
" Pertemuan kita di satu hari
menitikkan ukhuwah yang sejati
bersyukurku ke hadrat Illahi
diatas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
dugaan yang menimpa diri
bersabarlah di atas suratan
ku tetap pergi jua"
Terima kasih kepada sahabat
kerana sudi berkenalan denganku
dan sanggup bersusah payah hidup bersamaku
meniti ranjau yang berduri
Tapi kini
segalanya telah lama berlalu
antara tidur dan jaga
aku sentiasa dalam memori itu
Setiap yang tercipta antara kita
sentiasa ada bersamaku
susah untuk aku memecahkan memori
yang menghalang laluanku
bila idak bersamamu
Akan ku simpan segalanya
dan ku tunggu
ianya kembali seperti sediakala
kerana
sahabatku adalah segalanya untukku
No comments:
Post a Comment