Tuesday, April 2, 2013

...wAnItA...

"Seindah hiasan adalah WANITA solehah"

Assalamualaikum w.b.t.

Tugasan terakhirku sudah disiapkan
cuma yang tinggal...
edit dan prepare for audit report je
yang lain dah pun tersedia
last day at office
thanks untuk semua...

balik kerja
makan
then packing pakaian
tak sempat nak rest lagi
mereka dah bising untuk bertolak ke KL
before that
masuk hantar along ke rumah mertua dia

i'm driving
bertiga with my friends a.k.a new bride
ku biarkan mereka berasmaradana di seat belakang
hihi..
i'm alone kat seat depan..

penat+mengantok...
si Bad bukak topik
"ketua bidadari"
jangan berhenti buat amal
beramal lah...
amalan kita mudah diterima
lebih2 lagi selepas kita kahwin
masa berdua ni lah boleh beramal bersama
bila dah bertiga
susah nak beramal lagi dah

apa pun ilmu yang kita dapat 
jangan tinggalkan tanpa mengamalkannya
istiqamahlah dalam beramal
sampai satu tahap...
kita akan rasa MALAS untuk beramal
itulah ujian paling besar yang diturunkan Allah
untuk menguji hambaNya
dan menaikkan taraf dan kedudukan makam hambaNya itu
jadi,
pada masa itu
janganlah terlalu mengikut nafsu
dan berhenti beramal
bersabarlah...
selepas dinaikkkan makam tersebut
kita akan rasa rindu untuk sentiasa beramal
dan rasa gelisah bila meninggalkannya

WANITA adalah makhluk mulia
dan diberi kelebihan
untuk mudah menerima setiap amalan
tetapi diuji dengan perasaan MALAS yang teramat
kerana itulah WANITA mudah rasa putus asa
dan tidak istiqamah
dengan setiap apa yang diamalkannya

kedudukan WANITA adalah lebih tinggi daripada suaminya
kerana wanita akan menjadi KETUA BIDADARI di syurga abadi
jika WANITA dicampakkan ke neraka
manakala si suami berada di syurga
suami akan meminta untuk menarik isterinya ke syurga bersamanya
tetapi WANITA itu bukan lagi KETUA BIDADARI
yang diidamkan oleh seorang lelaki

luangkan sedikit masa untuk diri dan bersama Allah
~Kenallah dirimu...maka kau akan mengenali Tuhanmu~

WANITA,
inginku luahkan disini
akan kebimbangnaku melihat bunga2 keguguran
layu ditaman nafsu
bunga2 dirosakkan
oleh tangan2 yang dibalut oleh nafsu ammarah

RATUKU,
kau bukanlah sekadar perempuan
yang menjadi sampah dunia
bertaburan dimerata tempat 
tetapi bunga yang mengharumkan dunia
kau bukanlah alas kaki untuk dipijak dan dipergunakan
tetapi asalmu daripada rusuk lelaki
tempatmu disisi seorang suami yang soleh

BIDADARI,
setiap kepahitan yang kau telan adalah dariNya
untuk diberikan madu yang manis kepadamu
Allah tidak akan menduga hambaNya
kecuali untuk melihat hambaNya
tersenyum disana

Jadilah seperti matahari
memancarkan sinar kepada dunia
jadilah seperti pokok tamar
dibaling batu
dibalasnya buah tamar
jadilah seperti sebiji telur
direndam air panas
namun isinya semakin kental,dan tabah
tidak seperti serbuk  nescafe
yang cair hatinya
mengikut arus dunia
apabila berada di dalam air yang panas

SAHABATKU,
bawalah daku bersamamu 
untuk kita sama2 mengecap kasih sayang Illahi
kejutkan aku bila aku terlelap dengan dunia
bangunkan aku jika aku tergelincir dalam nafsu ammarah

AYUH,
kita gegarkan dunia dengan kelembutan tanganmu
perlahan hentakan kakimu 
menghasilkan percikan air yang kuat 
pertahankan dirimu
sesungguhnya engkau lebih mulia disisi Pencipta kita

Aku dambakan keperibadian seperti Siti Fatimah
yang akur dan setia kepada ayahnya,
secerdik akal Siti Aisyah yang bijak menghiburkan hati Rasulullah tercinta,
setabah jiwa Siti Hajar dalam menempuh ujian Allah,
dan selangit cinta Siti Khadijah kepada Allah dan RasulNya

No comments: