Saturday, March 7, 2009

Alhamdulillah...Dah Stabil...

Sekali lagi saya nak mengucapkan syukur kehadrat Yang Esa...
Kesihatan dah semakin stabil. Tekanan darah pun dah tak rendah lagi dah.
Alhamdulillah...


Pada 23hb eb. hari tu, saya pitam. Dah la pagi tu ade test law. Huhu..
Bangun nak semayang
subuh tu, tiba2 je terjatuh. Then rasa cam gelap je.
Tapi sedar lagi keadaan sekeliling. My roomate ngah bersiap2 nak gi kelas.

Bila dah sedar,tengok jam dah pukul 8 pagi. Aduh... Subuhnya kemane?testnye kemane?nape jadi camni?
So,cepat2 saya bangun...
Tapi, lepas tu
rase sakit sangat kepala. Pening pun ade. Tau tau nak buat camne lagi ni... Baring balik.
Tengahari tu gi klinik. Ramai sgt time tu kat klinik uitm ni. Huhu...musim orang demam agaknya.
Ehm,kene la sab
ar menuggu.
Bile dah tiba my turn jumpe doc, saya bagi salam and masuk ar dalam
bilik die.
Doc tu diam je. Saya pun diam jela. Die tengok je. Tak tanye ape2 pun. Then die senyum.



"Hah, nape ni? Dema
m lagi?"

Ade ke die tanye camtu. Mentang la asyik muka ni je gi jumpe die...em..
Dah terangkan what happened to me pagi tu, die pun test tekanan darah saya.

"your blood pressure rendah ni. dalam satu hari, berapa kali u amik makanan?"

"kalau dah lapar sangat, baru saya makan. Kalau tak, dalam 1 hari tu saya tak makan ar"

"u ni kan, eventhough u tak lapar pun, jangan la sampai tak makan. Sekurang2 nye 2x amik makanan dalam 1 hari tu. Paling2 malas pun nak makan, breakfast jangan tingal. U ni bukan setakat hypotension u punya blood pressure tu, tapi your body tak cukup kalori ni."

Alahai...tak pasal2 saya kene di bebel hari ni.
Em, actually... bukan saya tak nak makan. entahla...selera makan dah hilang akhir2 ni.
Saya pun tak tau nape. Kawan saya kate sebab emosi. Selera saya depends on emosi saya.
Betul ke?
Saya pun tak tau. Mungkin ya.
Sebab semester ni saya rasa cam 'berat' sangat. Tak tau pu
ncanya... Mungkin diri ini jauh dari-Nya...laa ilaahaillaAllah...

"insyaAllah doc. Pasni saya amik makanan tiap2 hari."

Pastu mintak mc ngan doc. untuk pagi tadi je. InsyaAllah petang ni saya boleh gi kelas.
Tapi, time doc duk tulis mc, die suruh saya datang petang nanti. Time klinik dah tutup nanti. Terkejut jugak.
Nape pulak?
Ade ape2 yang tak selesai lagi ke?
Dah tu, die kate tak nak bagi ubat lagi. Suruh datang petang ni. Tambahnya lagi, bawak la pakaian untuk 2,3 hari.

"nape doc?"


"i think u better duk kat wad.
Penjagaan terapi sikit dari u duk kat asrama. Spend mase sikit untuk u punya kesihatan tu."


Waduh2, dah la saya ni dah anti nak masuk wad. Time SPM dulu pun dah rasa cam...entah la. Tak tau nak cakap. Boring sangat2. Huhuhu...
Tak nak masuk lagi. ENOUGH!!!!!!!!


"em,tak nak ar doc. minggu ni saya banyak test lg ni.."


"u pentingkan test lagi dari kesihatan u tu?"

"bukan la cam tu. Boring la kat wad tu. Kalau wad kat kampung saya, nak la jugak. Ade jugak orang teman. Kakak saya boleh temankan. Kat sini tak de sape2 nak teman."

"Hehehe...u ni..kejap je. dalam 2,3 hari je."

"kalau tak gi tak pe kan doc?"


"em, boleh tu boleh. Tapi u kene mintak air garam kat kaunter ubat nanti ye...?
U kene minum tiap2 hari samapai abis. kalau ade rase sakit kepala lagi, jumpe saya secepat mungkin. Jangan duk tangguh2 lagi."

"InsyaAllah. Thanx doc."

Huhu...lega rase.

4hb mac saya balik kampung. Cuti keputeraan sultan Terengganu.
Dah lame balik, hari ni baru boleh bukak blog. Sebelum ni duk main pi mai pi mai tang tu je.
Kat rumah, my parents paksa makan telur masak separuh+hati lembu...dah la hati tu saya
tak suka makan. Sabar je la..
Selera pun dah up sikit time duk kat rumah. Em, ibunda sengaja masak makanan kegemaran...
Lagi bertambah la selera...
Try test tekanan darah pun dah stabil... Tapi ape lagi la yang tak kene ngan perut.

Semalam, buat hal pulak.. Senak sangat2...
Tak tahan... Time tu along yang duk iron baju, terus je amik minyak angin and sapu.

Tapi tak tahan lagi...lame jugak duk camtu. Sian kat along. Die pulak nak nangis time tengok saya nangis.
Die nak nangis sebab tak tau nak buat ape lagi. Die dah gelabah time tu..Hehehe...maaf ye along.
Em, last2..mamanda pulak yang gosok.
Pastu dah tak sedar dah. Dah terlelap
...
Terima kasih ma,along..I love You all so muchy2...


Untuk kawan2 yang saya sayangi, jaga lah kesihatan tu.
Jangan biarkan family kite risau dengan kite.
Dan saya harap nasihat2 dari kawan2 untuk diri saya dan juga diri mereka... Sekian.