Monday, September 30, 2013

...PrEvIeW...

"Hati-hatilah kamu, jangan sampai banyak tertawa kerana sesungguhnya tertawa itu mematikan hati dan menghilangkan sinar penduduk syurga" (H.R Ibnu Majah)

Assalamualaikum w.b.t.

Sekian lamanya membiarkan my sAtRiA sunyi tanpa penulisnya...
maafkan aku wahai blogku kerana sudah lama tidak menarikan jemari ini di keyboard
dan menaip sesuatu utk dirimu...

em,actually tak tahu nak buat entri apa
tp sebab windu my sAtRiA ni...terpaksa bukak jugak...

alhamdulillah sekarang kesihatan dah stabil setelah bergelut dengan trimester pertama ni
berat naik sikit aje
tp alhamdulillah jika dibandingkan dengan sahabat yg bersama2 berjuang
dalam 1st trimester ni...
ada yg turun berat sampai berkilo2...
aku tidak la sampai tahap tu
~walaupun terasa jugak 'nikmat' kepahitan itu~

lepas resigned ari tu
naik KL
jadik assistant zauji buat kerja
sambil2 tu makan angin n jalan2 wif zauji,his family n his frens
gi mkn2, karaoke, men gamez, shoping n bla, bla bla...

bila dah balik kelantan
rasa boring sebab tak dapat bergaduh dgn zauji lagi
hihihi...
menjalani kehidupan yang sorang

zauji blk kelantan akhir mei n menunggu hari masuk kerja
alhamdulillah...
dpt kerja kt kb
tapi tak lapor diri lagi
tunggu masa jela
sambil tu
family day dirancang sblm zauji kerja
menangkan fikiran di Telaga Bijih..
booking 2 bilik persalinan n utk rehat jugak
btl2 tepi air yg mengalir
~tenang~

ayahnda seronok sgt
so,disuruhnya kami to plan for da next family day
"kat mane lak ayah?"
he said "kt tempat hari tu lah"
hahaha...
rupanya ayahnda tak puas hati hari tu sebab gi kejap aje

for da next day...before Ramadhan
time tu aku dah rasa tak sedap badan
tak lalu makan
nak kate pregnant
'cecair itu' masih lagi menjalankan tugasnya tiap2 bulan
tapi tak stabil sgt
mungkin sebab hormon kot...
~I guess la~

perkelahan yg bermakna utk kami
coz ramai sgt family nak ikut
aku ajak my umi n baba in-law
tapi tym ni mereka nk menziarahi anaknda di KL
tp msih blh ajak abg ipar n his family...hihihi

akitiviti;
-MAKAN
-mandi
-memanjat bukit utk air terjun yg kt atas lagi
-bergambar
-makan aiskrim
-membakar sate ikan a.k.a lokcing *in kelantan
-menyelam
-KELETIHAN

###HARI RAYA###



...'iDuL FitRi...

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

1. Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah

2. Barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam hari raya aidilfitri dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang kafir pada hari kiamat tersebut.

Assalamualaikum w.b.t..

Ku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"

untuk semua teman,sahabat dan kawan2 seperjuangan dalam menegakkan agama suci Allah..




Monday, June 17, 2013

...MiSs yOu...

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...
sekarang dah berada disamping keluarga
kesihatan pun insyaAllah terjaga
3x kehilangan bakal permata hati
tapi tu semua dugaan Yang Esa

Alhamdulillah...
zauji dah dapat kerja kat kelantan
insyaAllah hujung bulan ni kerja kat kb...

right now...
i miss............................forever

Monday, April 22, 2013

...NiLaI kitA...

Assalamualaikum w.b.t.

Dah hampir sebulan aku disisi zauji
ehm,banyak dugaan yang tak terduga
kadang2 membuatkan aku tersenyum sorang2
hihi...

2,3 minggu pertama tu
betul2 boring
kerja aku kat rumah je
mengemas,memasak...
bila malam..
kerinduan kat zauji
huhu..
sunyi sangat bila zauji tak ada
tak boleh bercerita itu ini kat dia
dialah pendengar seetia bila aku bercerita
kadang2 tu sampai tertidur zauji mendengar cerita aku
huhu...
boleh pulak zauji jadikan cerita2ku itu sebagai 
pengulit mimpi dia
haha...=D

time ni lah aku boleh memasak sesuka hati je
kalau kat rumah
serba salah nak masak untuk makan sorang2
hihi...
ada sekali tu
aku berpakat dengan kakak2 iparku
untuk masak nasi lemak time weekend
dengan yakin
aku masak cam biasa lah
macam aku selalu buat kat rumah
tapi tiba2 kakak ipar nak masak nasi dengan dapur gas
ehm,boleh ke aku masak nasi menggunakan dapur gas?
(sebelum ni tak pernah buat cam tu,bubur nasi pernah leee...)

sambil ikan bilis dah pun siap
tunggu nasi je yang belum masak
huhu
cam biasa
tumis halia+bawang merah untuk tambah wangi
then letak daun pandan
time tu bau wangi semerbak la
agak2 cam jadi dah nasi tu
alhamdulillah
aku boleh control la kalau camni
pi mai pi mai
nasi tu dah lembik
masin lak tu
huhu
entah apa dah jadi
aku pun tak tau
hahaahhahaha
aku tak pandai nak kontrol api gas tu
sebab tu aku tambah air
and aku ter'double' letak garam
hahaha
lepas tu aku bagitau ibunda
dia gelak je
hihi...
aku boleh belajar benda yang baru

minggu lepas ibunda telefon
rindu ma....
dia suruh berkunjung ke rumah saudara mara kat sini
alang2 duk KL ni
aku telefon la mereka
then with zauji
aku ke bangi
rumah saudara mara aku
makan nasi kerabu
besh....
tengok budak2 main kolam
then malam tu
tengok bola with them
kelantan v atm
1st half tu aku sorang je gurl
hihi
semua gurlz kat tingkat bawah duk tengok cerita melayu
best la diorang ni
sempoi
2nd half tu baru lah aku berdua yang gurl
dengan mak sepupu
then diorang sempat lagi fight game bola
huhu
dah hampir midnight
zauji nak balik cepat sebab nak tengok game arsenal kat kedai mamak
mengamuk jugak zauji sebab memang dah tak sempat tengok
tapi zauji dah ok bila balik rumah

i've got the new job
jaga booth kat UIA
minggu pertama
agak janggal la
sebab ramai yang bertanya
amik jurusan apa kat UIA ni
tinggal kat mahallah mana
huhu...
aku banyak diam je
agak terbelit jugak lidah bila speaking dengan foreigner 
yang dialek yang agak kurang difahami
huhu...
penat jugak nak layan diorang tu
ada yang datang bising sebab tak tahu nak setting jam tangan
hahah
aku serahakn kat nombor fon kawan aku untuk handle brother tu
hehehe...

bila malam menjelma
aku kesunyian lagi
masa untuk bersama diri sendiri la
tapi zauji memang tak senang duduk la sebab 
aku boleh bersama diriku di malam hari
dia sibuk sangat akhir2 ni
tak de masa untuk diri sendiri
hihi....(gurau je)
jadi zauji serahkan kerja dia untuk mengisi masa malamku
hahaha
ok je..
aku cuba buat yang terbaik untuk dia

beberapa hari yang lepas
zauji nak luangkan masa dengan isteri dia
kami ber'steamboat' kat danau kota
semalam kami window shopping with kakak2 ipar n ipar duai
kami menghiburkan hati ke karaoke
tapi zauji duk risau kerja yang kene submit pagi isnin nanti belum siap
kami hantar zauji ke bilik dia untuk meneruskan perjuangan beliau
then kami balik ke rumah
tapi aku masih tak boleh tidur
tengah siapkan kerja zauji

hari ni aku tak ke UIA
booth tak dibuka
barang2 duk dalam kereta zauji
tapi zauji masih lagi sibuk
jadi aku hanya menuggu di rumah
tiba2 zauji balik...
ehm,ok tak zauji ni
nampak cam kurang hepi je
lepas tu aku menghepikan zauji
tapi aku memang tak jadi bukak booth tu
sebab hujan lebat sangat
zauji dah keluar
sambung kerja (ke balik tidur?ehm....) 

aku yang sorang 
duduk sorang2
takut jugak dengar guruh dan kilat
aku ingat nak masak jap untuk zauji..
see u soon..
ma'assalamah



...sEntiAsA DiHaTi...

Assalamualaikum w.b.t.

" Pertemuan kita di satu hari 
menitikkan ukhuwah yang sejati
bersyukurku ke hadrat Illahi
diatas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
dugaan yang menimpa diri
bersabarlah di atas suratan
ku tetap pergi jua"

Terima kasih kepada sahabat
kerana sudi berkenalan denganku
dan sanggup bersusah payah hidup bersamaku
meniti ranjau yang berduri





Tapi kini
segalanya telah lama berlalu
antara tidur dan jaga
aku sentiasa dalam memori itu

Setiap yang tercipta antara kita
sentiasa ada bersamaku
susah untuk aku memecahkan memori
yang menghalang laluanku
bila idak bersamamu

Akan ku simpan segalanya
dan ku tunggu
ianya kembali seperti sediakala
kerana
sahabatku adalah segalanya untukku



Tuesday, April 2, 2013

...wAnItA...

"Seindah hiasan adalah WANITA solehah"

Assalamualaikum w.b.t.

Tugasan terakhirku sudah disiapkan
cuma yang tinggal...
edit dan prepare for audit report je
yang lain dah pun tersedia
last day at office
thanks untuk semua...

balik kerja
makan
then packing pakaian
tak sempat nak rest lagi
mereka dah bising untuk bertolak ke KL
before that
masuk hantar along ke rumah mertua dia

i'm driving
bertiga with my friends a.k.a new bride
ku biarkan mereka berasmaradana di seat belakang
hihi..
i'm alone kat seat depan..

penat+mengantok...
si Bad bukak topik
"ketua bidadari"
jangan berhenti buat amal
beramal lah...
amalan kita mudah diterima
lebih2 lagi selepas kita kahwin
masa berdua ni lah boleh beramal bersama
bila dah bertiga
susah nak beramal lagi dah

apa pun ilmu yang kita dapat 
jangan tinggalkan tanpa mengamalkannya
istiqamahlah dalam beramal
sampai satu tahap...
kita akan rasa MALAS untuk beramal
itulah ujian paling besar yang diturunkan Allah
untuk menguji hambaNya
dan menaikkan taraf dan kedudukan makam hambaNya itu
jadi,
pada masa itu
janganlah terlalu mengikut nafsu
dan berhenti beramal
bersabarlah...
selepas dinaikkkan makam tersebut
kita akan rasa rindu untuk sentiasa beramal
dan rasa gelisah bila meninggalkannya

WANITA adalah makhluk mulia
dan diberi kelebihan
untuk mudah menerima setiap amalan
tetapi diuji dengan perasaan MALAS yang teramat
kerana itulah WANITA mudah rasa putus asa
dan tidak istiqamah
dengan setiap apa yang diamalkannya

kedudukan WANITA adalah lebih tinggi daripada suaminya
kerana wanita akan menjadi KETUA BIDADARI di syurga abadi
jika WANITA dicampakkan ke neraka
manakala si suami berada di syurga
suami akan meminta untuk menarik isterinya ke syurga bersamanya
tetapi WANITA itu bukan lagi KETUA BIDADARI
yang diidamkan oleh seorang lelaki

luangkan sedikit masa untuk diri dan bersama Allah
~Kenallah dirimu...maka kau akan mengenali Tuhanmu~

WANITA,
inginku luahkan disini
akan kebimbangnaku melihat bunga2 keguguran
layu ditaman nafsu
bunga2 dirosakkan
oleh tangan2 yang dibalut oleh nafsu ammarah

RATUKU,
kau bukanlah sekadar perempuan
yang menjadi sampah dunia
bertaburan dimerata tempat 
tetapi bunga yang mengharumkan dunia
kau bukanlah alas kaki untuk dipijak dan dipergunakan
tetapi asalmu daripada rusuk lelaki
tempatmu disisi seorang suami yang soleh

BIDADARI,
setiap kepahitan yang kau telan adalah dariNya
untuk diberikan madu yang manis kepadamu
Allah tidak akan menduga hambaNya
kecuali untuk melihat hambaNya
tersenyum disana

Jadilah seperti matahari
memancarkan sinar kepada dunia
jadilah seperti pokok tamar
dibaling batu
dibalasnya buah tamar
jadilah seperti sebiji telur
direndam air panas
namun isinya semakin kental,dan tabah
tidak seperti serbuk  nescafe
yang cair hatinya
mengikut arus dunia
apabila berada di dalam air yang panas

SAHABATKU,
bawalah daku bersamamu 
untuk kita sama2 mengecap kasih sayang Illahi
kejutkan aku bila aku terlelap dengan dunia
bangunkan aku jika aku tergelincir dalam nafsu ammarah

AYUH,
kita gegarkan dunia dengan kelembutan tanganmu
perlahan hentakan kakimu 
menghasilkan percikan air yang kuat 
pertahankan dirimu
sesungguhnya engkau lebih mulia disisi Pencipta kita

Aku dambakan keperibadian seperti Siti Fatimah
yang akur dan setia kepada ayahnya,
secerdik akal Siti Aisyah yang bijak menghiburkan hati Rasulullah tercinta,
setabah jiwa Siti Hajar dalam menempuh ujian Allah,
dan selangit cinta Siti Khadijah kepada Allah dan RasulNya

Monday, March 18, 2013

...FREINDSHIP FOREVER...

SELAMAT ULANGTAHUN PERSAHABATAN KE 11

SEMOGA PERSAHABATAN KITA KEKAL KE AKHIRNYA

15 Mac 2002...
hari pertama persahabatan kita
jangan kau simbah ia dengan keegoanmu
kekotoran itu menyakitkan bagiku
sesungguhnya aku sangat mendambakan dirimu
persahabatan suci kita...kembalikan waktu itu
aku merinduinya

sahabat,
dengarlah pesanku
jangan kau cuba bersembunyi dengan topeng permainanmu
di tengah orang ramai
kerana ianya akan menyeksakan dirimu
lebih baik menyorok ditempat yang sunyi..
mungkin kau memahami apa yang aku maksudkan...
pilihlah jalan kebahagiaanmu yang benar...
bersembunyi itu lebih menyeksakanmu
aku sentiasa mendoakanmu...

sahabat,
ingat tak lagi
~sayangilah orang yang menyayangi dirimu
kerana orang yang kamu sayang
belum tentu menyayangi dirimu~

sahabat,
aku bersedia untuk kembali ke waktu dahulu
bawaku ke sana

walau apa pun yang terjadi
kita tetap sahabat selamanya
itu janji aku!

..sYuRgA kiTa...

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...
kesihatanku dah semakin baik
minggu ni minggu terakhir aku bercuti
ehm,tak sabar nak masuk kerja
tapi kerja2 rumahku belum disiapkan lagi
banyak lagi yang perlu aku siapkan sebelum zauji balik
ada surprise untuk dia
hihihi...

sekarang zauji sibuk sangat
hari ni tak dapat dengar suara zauji lagi
bila mesej tadi
zauji baru siapkan kerja dia
kurang sihat katanya
dah nak maghrib baru nak sentuh makanan
huhu...
mungkin sekarang zauji duk rest kan
selamat berehat ye...

aku cuma nak kongsi sedikit la pengalaman yang pernah aku sendiri rasai
untuk sahabat2 yang baru nak mendirikan rumahtangga
buat persediaan mental dan fizikal betul2 la
terutama mental 
kena banyak bersabar dan janganlah cepat melenting
bertindak menggunakan akal...
jangan sesekali cepat melatah dengan sesuatu yang terjadi

siapa pasangan kita yang kita kenal sebelum kahwin
bukanlah dirinya selepas kahwin
mungkin kita kenal dia sebelum kahwin hanyalah 10% daripada dirinya yang sebenar
macam aku sendiri
kami kenal
dan tak pernah nak menyelami dirinya
sebab aku tak pernah terlintas pun dia akan jadi suamiku
hihi
jadi,kami sekadar berkawan
tanpa diduga
dia telahpun melamarku
huhu
boleh ke aku terima seseorang yang aku sendiri tak kenal betul2 siapa dia

dan sekarang...
ya...aku boleh terima dia seadanya
tapi take time sikit la
sebab kami ada kemahuan dan kehendak masing2
kena banyak toleransi lah
kadang2 tu ada jugak yang aku pendam
yela...lebih baik ikut je kehendak suami...
takkan la sampai nak bergaduh pulak sebab nak pertahankan kehendak masing2 kan
mula2 tu pendam la jugak
dah lama...ok la
malas nak layan sangat

tapi ingat2
bila kita dah setuju dengan pendapat dia
then, sesuatu terjadi bila kita ikut pendapat pasangan kita
jangan sesekali mengungkit...
"tadi saya dah bagitau jangan buat,tapi buat jugak...sekarang apa dah jadi?"
jangan nak menyalahkan satu sama lain
terima dugaan itu sebagai asam garam kita bersama
jadikan sebagai pengajaran untuk pasangan kita supaya tak ulangi kesilapan itu lagi
aku pun banyak jugak nak zauji ikut je kehendak aku
zauji pulak tak banyak ragam
main ikut je
hihi
tapi bila dah aku buat tu salah
zauji senyum je kat aku
hahaha
malunya
aku mintak maaf la sebab tak dengar pendapat dia tadi

ehm,dugaan paling besar dalam rumahtangga ialah HATI
berhati2 lah dengan apa yang terlintas dalam hati kita
jagalah hati
sentiasa doakan yang terbaik untuk dia bila kita sakit hati kat dia
jaga mulut
banyakkan diam bila bergaduh
selitkan perkara yang kita nak tegur tu dalam gurauan dengannya
jangan tegur ketika pasangan sedang marah

pesanan ayahnda...
peluk dia bila perlu
aku tak faham "bila perlu"
ehm,peluklah pasangan bila dia marah, menangis, buat silap...
tak perlu berkata2 bila emosi menguasai diri

membebel je aku ni...
aku nak kongsi je apa yang perlu
mungkin pengalaman kita berbeza
buatlah yang terbaik untuk diri dan pasangan kita
kerana kita akan bersamanya di syurga abadi
bukan hanya di dunia fana ini..

fighting!


Thursday, March 14, 2013

...uJiAn...

Assalamualaikum w.b.t.

Allah sentiasa menguji sesiapa saja selagi dia dinamakan manusia. hamba Allah

Alhamdulillah...
zauji dah semakin pulih
seperti yang dirancang
aku menghantar zauji ke KL

macam biasa 
dah sampai sana
zauji takkan habiskan banyak masa bersamaku
disettlekan kerja2 yang tertangguh sekian lama zauji bercuti
hukhuk...
kesian pulak tengok zauji
dah la kena pantang makan lagi sekarang ni

once upon a time
che da (kakak iparku) ajak kami keluar jalan2
kami ke JJ Wangsa Maju
sekarang ni dah tukar ke nama Aeon
zauji belanja buku2 ilmiah
che da pulak nak sangat ajak kami pergi makan burger bakar 
kat Deli German
tapi zauji tak boleh makan lagi...
tiba2 zauji kata hari ni je nak on
zauji nak makan je apa2 sebelum aku balik kelantan nanti
ehm,aku ok je
tapi kesian pulak zauji...nanti sakit dia datang lagi kalau dia tak pantang makan
akhirnya kami pergi jugak

esoknya pulak,
zauji ajak aku untuk siapkan kerja dia di studio
huhuhu...
ramai jugak kawan2 zauji kat studio tu
tapi segan la pulak
ehm, apa nak disegankan 
diorang pun masing2 sibuk dengan kerja
susah jugak kerja zauji buat tu
aku tolong zauji buat kerja yang mana boleh
then malamnya zauji hantar aku ke stesen bus untuk pulang ke rumah

dua minggu ni aku rasa lain sangat badan aku ni
tak sedap badan
abang shah kata aku sekarang ni ada tanda2 pembawakan bayi
betul ke?
memang aku selalu je mual2 bila lepas makan
ahh....abaikan 
nanti aku cek la

hari kamis lepas
aku betul2 demam
badanku penat sangat2
rasa memang dah tak boleh nak drive kereta balik kerja
tapi aku cuba jugak
dah sampai rumah
aku tidur aje

pagi jumaat tu memang tak boleh bangun langsung
malam tu abang ipar, kak long and bonda membawa aku ke klinik di pusat bandar
sesuatu telah terjadi kepadaku
aku diberi cuti 2 minggu

zauji sampai di rumahku pagi sabtu
zauji yang mengemas rumah, membasuh pakaian dan memasak untuk aku
terharunya
aku beritahu zauji tentang segalanya
zauji sedih sangat
bila dapat tahu kandungan aku dah tak ada lagi
sedih sangat
zauji ponteng lagi 1 hari
isnin malam baru zauji naik KL 
aku ditinggalkan seorang diri lagi di rumah
menjalani kehidupan macam biasa
aku tak larat nak bangun mengemas rumah dan memasak
ayahnda yang datang hantar makanan

hari ini dah boleh mengemas rumah sikit2 
tapi tak boleh berterusan
aku cepat penat
badan aku tak stabil lagi
kesedihan masih ku rasakan
dalam seminggu ni berat badanku pun menurun 5 kg
aduhai...
mana taknya...
kena pantang makan
lagipun memang aku tak selera nak makan
rasa pahit mulut sebab aku masih lagi demam

lepas ni aku tak boleh biarkan diri aku demam lagi
ini boleh menjejaskan kandungan aku
antara sebab lain yang boleh melemahkan kandungan ialah kerja aku
mungkin terlalau stress
atau pun aku tidak boleh mengangkat barang2 berat
kat office tu
aku cuma mengangkat file2 audit je
mungkin aku rasa yang aku mampu mengangkat

sedangkan badanku tidak mampu menanggung bebanan tersebut






untuk zauji
jangan sedih ye
la takhof wa la tahzan
innallah ma'ana...


Friday, February 15, 2013

...rEsAh...

Assalamualaikum w.b.t..

dah tengah malam
tapi aku tak dapat tido lagi
huhu

tak tau nak buat apa kat umah mertua tengah2 malam ni
belek2 la blog kawan2 yang lama dah aku tak bukak
best jugak mengomen blog orang kan?
fb aku dah deactive lagi
ehm,tak tau kenapa
hatiku masih tidak mampu untuk bersama fb
huhu...

dalam terbelek2 blog
terbaca blog sifu yang aku kagumi
pok teh enggong
beliau diutuskan Allah untuk membuka pintu hatiku
dalam banyak benda yang aku tak tau
banyak lagi yang aku perlu memahami 
tapi dah lama tak mengunjung rumah beliau

setakat kahwin ni
baru dua kali aku ke enggong
last day aku ke sana awal tahun hari tu
tu pun sempat ponteng kerja
hahaha...
kalau nak tunggu masa free memang tak dapat la
byhook or bycrook,aku cari gak jalan untuk berkunjung ke sana
insha Allah
aku akan ke sana lagi bila husband aku cuti panjang sket nanti
lagi best gi sana dengan badrul sekali...

ehm,
apa la yang aku membebel ni
tak relate ngan tajuk post ni pulak
hihi
resah?
ye..
my husband was sick
sepatutnya zauji cuti raya cina je
and naik KL hari selasa malam
tapi delay sebab sakit
aku mintak cuti hari khamis bcoz nak jadi 2nd driver 
untuk naik KL
risau jugak aku nak biarkan zauji drive sorang2
tu pun bos dah tak puas hati
macam alasan yang aku bagi untuk cuti tu tak kukuh untuk ak mintak cuti
aku tak kisahlah
kerja tu tak penting
yang penting kesihatan zauji

rabu malam tu zauji dah kemaskan pakaian untuk naik KL dah
tapi can't go on
sebab he need to jumpa orang yang pakar dalam perubatan yang penyakit dia sekarang ni
siang hari tu zauji dah pergi klinik
tapi doc pun cakap tak ada ubat untuk penyakit tu
huhu

pagi ni zauji pergi lagi 2 buah rumah untuk perubatan tradisional
dan pergi ke klinik untuk perubatan moden jugak
sekaligus mintak mc untuk 2 hari sebelum ni

planing nak naik KL jugak petang ni
tapi zauji tido
tak boleh nak bangun
ya Allah...
hati aku betul2 resah
zauji kata nak gi malam ni pulak
sebab tak larat sangat
tapi masih lagi tak bangun tido
bila aku sentuh badan zauji
ya Allah
panas sangat
aku dah mula menangis
tak tau apa yang perlu aku buat
then terus turun ke tingkat bawah 
bagitau umi tentang keadaan zauji
and amik nasi untuk di bawa ke bilik

lepas je makan
zauji terus baring
memang dah betul2 nampak tak larat
dugaan apakah ini ya Allah

dah lepas basuh badan sikit
aku bagi ubat untuk ditelan
and be beside him
sekarang aku tinggalkan zauji kat bilik 
coz aku tak boleh tengok keadaan zauji 
sedih sangat
besarnya ujian Allah kepada hambaNya ini
mungkin kami ada buat kesilapan tanpa kami sedari
Allah bayar cash
Allah turunkan ujian kepada hambaNya yang Dia sayang
dan Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan ujian yang tidak boleh dipikul

malam ni sekali lagi perjalanan kami di delay
sedangkan zauji betul2 nak naik jugak KL sebab 
zauji kene ke site,negeri 9, esok pagi for 2 days
sabtu balik
tapi kami nasihatkan supaya tidak ke sana lagi
memandangkan keadaan zauji yang tak stabil lagi
lagipun ni baru peringkat awal penyakit tu
so,kami tak tau sakit yang akan zauji rasa lepas ni
huhu... 
doakan zauji supaya cepat sembuh ye...ameen

wassalam

...sAhAbAt...

Assalamualaikum w.b.t.

sahabat...
dah lama kita tak berhubung
apalagi bersua muka
aku rindukan kamu...
ingatlah...
walau apa pun yang berlaku
kau tetap sahabatku
hingga akhir nafasku
thanx so much