Tuesday, November 30, 2010

...2nD wAvE...

salam...

dah 3 pagi dh jalan jem
geram jugak ase
tapi nk wat camne
air dh mula naik
padahal ujan 1 mlm je
tp kaw2 punya ujan la
sampaikan pagi esok tu
2 jam setengah
perjalanan dari pengkalan kubor ke KB
yg biasenye setengah jam je
huhuhu...

mane xkaw
sampai ade rumah yg terbakar
ade jugak jalan raya yg nk terbelah
tp takde dlm fakta lg setakat ni
cume khabar angin je

tp yg realitinya
router rumah saya memang terbakar
dh xleh gune
tp ayah dh bli router baru

after that
ujan xla lebat sgt dh
tp jalan tetap jem
air sungai golok dh naik

cume skg ni
jaga2 je la
mane2 tempat yg rendah tu
sedia la awal2

Saturday, November 27, 2010

...eKsPo ChEnG hO...

salam...

alhamdulillah...
dapat jgak sy melawat ke ekspo cheng ho
wlaupun nmpak cm xde harapan dh nk gi sane
akhirnye g jgak
wlaupun dgn memakse org temankan
huhu..

dgn alasan nak ajak gi makan kt stadium
hahaha...
bijak..bijak...
sempat la gi melawat kat dlm salah satu khemah tu
pameran dari negara china..
~mybe~

sempat la tgk2 kt booth2 yg ade dlm khemah tu
majoriti brg2 perhiasan
cm gelang, cincin, cermin kecik
and bynk jugak
lukisan yg menyejukkan mata
untuk dijual



...energy saver...



...kesesakan ribuan manusia...



best jugak la kalo poket penuh
hihihi...
tp gi tym ngah kering
telan liur je la...
scan ngn mata je...
tp last2 ade jgak org blanje
bli gelang batu jed kot
~not sure ketulinan die~

memandangkan sy kesuntukan mase
selain mlm dh semakin pekat
sy terpakse blk
bertemankan
rak buku yg baru dibeli
dimuatkn dlm kete kecik sy
huhu..
~wisau jugak bwk benda besar ngn kete kecik~

blk tu baru ase pent
so, pe lg
buat terjunan maut la
hihi...

btw, proud of the exhibition
rugi sape2 xgi sane
kelantan jd tumpuan org rmai
termasuk foreigners
oleh itu,kene la jaga adab
sebagai org Islam khususnya
dan sebagai rakyat kelantan
insyaAllah
we can do it

~Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah.
Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah~

Thursday, November 25, 2010

...uSrAti, jAnNaTi...

"Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang LEMAH" ~ Rahmohan Ghandi

salam...

alhamdulillah...
lepas raye
rase lega sikit
dari kesibukan persiapan raye
tapi
kewangan yang kurang stabil sikit ni
hihihihi...

mane taknye...
bnyak beli brg2 untuk persiapan raye
tambah2 lagi ganti tayar kete baru
hihhi..
(pecah di stesen minyak...my fault)
tapi xpe
ade hikmah disebalik sume kejadian tu
after that
dpt tau yg saya blh sambung belajar kat uitm tu
em, Allah Maha Adil...

blk semalam
ma ngan ayah nak buat mkn satay lg
maksudnya?
huhuhu...yela
sy lg la yang kene buat bara api tu
hihihi...
tp ok je...
that's my job...
dh pro dh
hahhaa...~prasan~
party for my family...
a nice nite...

tp sygnye
sy tido sblm satay tu ciap masak
nk wat cmne
pent sgt3
bru je blk
dh kene buat bara api
tiba2 je ase fening semacam je bile kene asap tu
lgpn my mud xbrape constant sgt tym tu...
hihi...

yg penting
pg esok tu sy
sy dpt mkn jugak satay tu
hihihi...
kalo dh rezeki
xke manenye kn?
hahaha...

bahagia rase
sebab dapat bersama ngn family
tym cmni la yg sy tggu
alhamdulillah...
i hope that
sume ni akn berkekalan
hingga ke syurga
ameen...


~Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa TETAPI ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara~

Saturday, November 20, 2010

...sELaMaT HaRi RaYa...

::TEMAN manusia yang sebenar ialah AKAL dan
MUSUHNYA
yang celaka ialah JAHIL::


salam...
selamat hari raya aidiladha
kepada semua kawan2 yang diingati
em,skema tak?
hihihi...

selamat pengantin baru kepada kawan2 yg akan berkahwin
dan yg tengah 'hangat' lagi status pengantin tu...
hari ni kawan saya kawin
Nik Nor Fauziana
tapi saya mohon maaf ya kak nik
bcOz saya ade hal hari ni..
btl2 xleh gi majlis kak nik
tapi insyaAllah
hadiah akan menyusur
barakallah lakuma wabaraka 'alaikuma fi khair

selamat pengantin baru jugak kepada mak sepupu
Siti Arifah Mahfuzah
yang baru melangsungkan perkahwinan
pada 5 Nov 2010 (Jumaat=Deepavali)
hihihi...
pasangan yang cute...

hari raya yang cukup meriah
alhamdulillah berjalan lancar
penat tu biase la
raya pertama malam tu
bakar satay
my family telah menjemput
rakan taulan, jiran tetangga, sahabat2 dan saudara mara
untuk memeriahkan lagi majlis tersebut
sampai pukul 1 pagi baru siap2 ngemas
after that,
bOrak2 ngan ayah
kul 3 lebih baru nak tidO

raya ke-2 pulak
gi mjlis raya umah erin
jem jugak hari tu
malam baru balik
sedangkan orang kg datang umah saya
tapi apakan daya
saya xsempat jumpe diOrang
insyaAllah lain kali kite jumpe ye..

raya ke-3
ayah menjamu custOmer ayah
makan nasi sup tulang
kat kedai ayah
semua berjalan lancar

walaupun dah banyak duit melayang
untuk kereta kesayangan
tapi saya masih boleh mengeluarkan
sedikit wang
untuk bantu majlis ma dan ayah
terima kasih untuk semua

p/s; gambar xsempat nak uplOad lagi...cOming sOon insyaAllah...

~Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang
tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.~

...nEw LiFe...

salam...
alhamdulillah... berkesempatan jugak nk update blog ni...

alhamdulillah sekali lg..
kerana Allah sayang ham
ba-Nya yg hina ini...
yang selalu mengeluh dengan dugaan-Nya

sedangkan dugaan itu penghapus dosa

juga memberi kematangan kepada diri


dugaan kali ini saya akan tempuhi dengan tabah
saya tahu...
ini adalah tanggungjawab yg besar
tapi insyaAllah saya akan lakukan yang terbaik
untuk mase depan untuk dunia dan akhirat saya insyaAllah...

saya dapat sambung belajar kat uitm jugak
insyaAllah masuk bulan 12 nanti
cuma sekarang ni nak kene uruskan ptptn
tak tahu la boleh dapat ke x
insyaAllah dapat
ameen..



~Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali~

Sunday, November 14, 2010

...mAwAr BeRdUri...



Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..