Wednesday, January 15, 2014

...sALaM mAuLiDuRrAsUL...

"Sollollohu 'ala Muhammad
Sollollohu 'alaihi wasallam
Sollollohu 'ala Muhammad
Sollollohu 'alaihi wasallam"

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah...
masih diberi kesempatan untuk bernafas
dan menyambut maulid Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w
pada 12 Rabi'ul Awal 1435H ni

dah lama sebenarnya planing nak buat majlis maulid ni kat rumah
tapi bila dibincangkan balik
MIL yang setuju nak buat kat rumah family zauji
alhamdulillah...
insyaAllah akan dilangsungkan pada Sabtu ni...18 Jan 2014

dari semalam lagi menyibukkan diri
cari selawat Nabi Muhammad s.a.w.
memang aku tak ingat semua selawat tu
yang awal2 tu ingat la.hihi

tym nak masuk maghrib tu
solat berjemaah ngan sepupu2ku
(zauji baru otw blk kerja)
then selawat sama2

semalam aku tak boleh tidur
kerinduan kt Nabi Muhammad s.a.w.
tak tahu kenapa hati berdebar je sepanjang malam
pagi ni aku siap2kn diri
then kejutkan zauji
utk majlis maulid Nabi Muhammad s.a.w.
kat rumah tok che (nenenda)
utk kaum hawa sahaja

dimulakan dengan bismillah...
solat hajat
berzanji
selawat

masa tok che cara2 nk solat hajat tu
dia ada bagitau niat solat tu jgk utk keberkatan dan kesihatan ibnu roh (bayi yg ku kandung sekarang)
terharu sangat masa tu...sobs



pas solat tu mereka2 yg pakar mengendalikan zanji
ya Allah....
syahdunya alunan zanji mereka
menusuk qalbuku
ibnu roh tak berhenti bergerak dan menendang
ibnu roh pn sedang berzanji sama2 kami...
selepas itu dialunkan pulak dalam bahasa melayu
tersentuh dihati bila mendengar kisah penceritaan
kehidupan Aminah r.a. semasa bermulanya beliau mengandungkan Nabi Muhammad s.a.w
bermula dengan keperitan di awal bulan Rejab (kandungan kepada Nabi Muhammad s.a.w. bermula)
sehingga melahirkan Beliau dengan sambutan yg luar biasa hebat
dialunkan jugak rupa paras,mata,hidung,warna kulit dan tubuh Baginda s.a.w
ya Allah...
memang tak boleh nak bayangkan dengan mata kasar kita sekarang ni
ya Allah...
temukan aku dengan kekasihMu ya Allah
aku sangat merindui Baginda

aku menggosok perutku perlahan2
mintak Allah perelokkan akhlak dan rupa paras zuriat kami
sepertimana yg ada pada Baginda s.a.w.
kalau boleh aku nak tengok
zuriat kami menyerupai rupa paras Baginda s.a.w.
walaupn sikit...
sebagai mengubat hati yg merindukan dirimu ya Rasulullah...

air mata yg gugur sujud ke bumi ini
sebagai tanda rinduku padamu ya Rasulullah...
hatiku berdebar tak berhenti
romaku menegak.,..
semakin laju air mataku mengalir...
rasa tak tertahan mendengarkan alulan zanji tu
aku rasa ingin bersendirian denganmu ya Rasulullah...
meluahkan segala kerinduan ini



sedar tak sedar
dah habis zanji
kami berselawat beramai2
kelu lidahku menyebut namamu ya Amin
aku tidak layak utk menyebut nama yg suci itu
kerana diriku penuh dengan dosa
ya Allah...
ampunkan segala dosa2 ku
supaya aku dapat berjumpa dengan kekasihMu
supaya aku diterima baik oleh kekasihMu
ya Rabb
perelokkan akhlakku
sebagaimana akhlak RasulMu
aku mohon ya Allah...

~diriku yg terhalang oleh ketinggian org lain~

selepas selawat dan doa
aku terus keluar rumah dan mencari zauji
aku peluk zauji erat2
aku nangis sepuas hati
zauji tanya kenapa
aku tak boleh berkata2 lagi
bila dah stabil
aku cerita apa yg aku rasa

zauji memulakan pujukan
zauji kata...
kaum hawa perlu rasa bersyukur
sebab Nabi Muhammad s.a.w. menaikkan martabat kaum hawa
ketika zaman jahiliyyah...
anak2 perempuan ditanam hidup2
dijadikan hamba dan tempat melepaskan nafsu
tapi sekarang?
kaum hawa dah xingt pengorbanan Rasulullah s.a.w.
bagai melepaskan anjing yang tersepit
bahkan mereka sendiri yg menjatuhkan martabat kaum hawa
demi kerana wang dan dunia
tapi Rasulullah tak pernah marah...malah mendoakan mereka kembali kejalan Allah
sebelum wafat
Allah berjanji kepada Rasulullah
untuk membantu umat Nabi Muhammad s.a.w.
Allah bantu kita kerana RasulNya...
susah ke nk ikut akhlak Rasulullah?
Allah dah turunkan al-Quran dan hadis sebagai iikutan
dan panduan
tapi aku leka dengan dunia
tapi aku malas utk mencari dan mengikutinya
sejenak muhasabah diri dengan zauji

~diam ~
ku katakan kat zauji
rase lemah sgt hari ni
cam xsihat
xtahu kenapa
he just smile
semoga hari ini memberikan kesedaran,keberkatan utk kami...insyaAllah.Amiin