Thursday, March 15, 2012

...DaRi sAyA...uNtUk aWAk...

Hari ini..
saya nak minta maaf dari awak
atas segala kesalahan yang saya dah buat kat awak
saya nak minta maaf sebab
hari ini saya dah tak jumpa awak lagi
mungkin akan jumpa awak lagi
dan mungkin dah tak akan jumpa awak lagi
sebab hari ini kita dah tak berhubung lagi
kenapa ya?
ehm....

Hari ini mungkin awak sedang bahagia dengan orang yang awak sayang
saya selalu doakan kebahagiaan awak
bila awak bahagia,saya pun bahagia
saya selalu terima ilham tentang awak
saya tak tahu kenapa...huhu
apa yang paling best bila saya dapat ilham yang awak akan bertunang
saya kenal bakal bidadari awak...
saya bahagia sangat bila mendengar khabaran itu
ingat lagi tak awak pernah offer diri nak jadi saksi hari bahagia saya nanti?
saya pun jadi saksi hari perkahwinan awak nanti...boleh?
hehehe...

Awak tahu tak yang saya lah orang yang paling bahagia bila tengok awak bahagia?
tapi maafkan saya sebab saya tak mampu nak bahagiakan awak
sebab awak kata kita tak ada chemistry...
hehe....mungkin kot
tapi semua tu tak menghalang persahabatan kita kan?

Bukan saya nak apa2 dari awak
tapi awak dah bagi segalanya yang awak ada kat saya
sedangkan awaklah orang yang pernah saya benci dulu
hehehe
awak ingat lagi tak masa saya sedang membenci awak?
sebuah pertemuan bermula dalam bas...

jahat betul awak masa tu
tapi awak juga lah orang yang membuatkan saya gelisah
sebab rindukan awak
sanggup pergi jugak tuisyen walaupun demam
hihihi...
ikatan persahabatan bermula dalam bas
masa tu awak bagi 2 ekor angsa cumil...cute macam saya kan?

Saya lah orang yang paling sedih bila tahu yang awak ditinggalkan si dia
saya rasa bersalah sebab dah lama tak hubungi awak
dan tak bertanyakan khabar awak sekian lama
sejak saya masuk universiti...
maafkan saya
tapi ingat lagi tak janji saya untuk bahagiakan awak?
satu perjanjian telah dibuat dalam bas
kali ni saya tak nak tengok awak sedih lagi
walaupun saya tahu awak sedang melawan perasaan itu
saya rasa semua itu bila berada disamping awak
ingat lagi tak masa kita balik dari KL dengan bas malam tu?
saya dah tertidur...tapi terdengar awak masih berbual ditelefon dengan bekas kekasih awak
sedihnya masa tu
saya tak nak dia sakitkan hati awak lagi
tapi saya tak mampu nak menghalang awak untuk berbual dengan dia
saya cuba yang terbaik untuk awak...

Saya dan awak bersatu
saya dalam kesusahan...saya akan cari awak
saya dalam keseronokan...saya akan ajak awak seronok sama
bila saya sakit, awak disamping saya
bila saya jatuh tangga,awak sambut saya...
ingatkan?masa kita dating kat muhibbah dulu?
hehehe...malunya
awak ingat lagi tak...awak sanggup turun ke kampus saya
sebab saya demam, saya moral down.
awak bawa saya ke hospital
awak jaga pemakanan saya
ingat lagi tak kita main jual2 nasi kat pantai depan kampus saya?
hahaha...
masa tu awak sanggup datang jumpa saya sebelum balik rumah
tapi kita tak tahu nak buat apa lagi dah
hihihi...main jual nasi je la
maafkan saya sebab dah menyusahkan awak.

tapi bila awak minta saya temankan awak  untuk release tension
saya temankan...
ingat tak masa kita ke teluk cempedak?
best kan bila dapat dengar deruan ombak...
lagi best masa awak bawa saya ke genting highlands
keseronokan yang tak dapat digambarkan
saya orang yang paling seronok bila awak sanggup datang dihari konvo saya
terharunya...
tapi awak nak saya janji dengan awak
untuk datang konvo awak tak lama nanti
tapi bila tiba hari konvo awak,saya tak dapat datang
maafkan saya

bila saya dah kerja
saya dah tak banyak masa untuk awak
cuti kita dah tak sama
awak takut saya akan lupakan awak
sebab dugaan kerja dan pergaulan ditempat kerja mungkin akan membuatkan saya lupakan awak
tapi saya tak semudah itu untuk saya lupakan awak
memang banyak dugaan kat tempat kerja
sesetengah masalah tu saya boleh adukan kat awak
tapi saya tak nak bagitau masalah yang tak sepatutnya kat awak
sebab saya tak nak awak susah hati 
saya nak awak bahagia
awak masih lagi memberi sokongan untuk saya
saya tak tahu macamana nak balas semua pengorbanan awak
sebab tu lah saya tak sanggup jauhkan diri dari awak lagi
saya nak bagi kebahagiaan kat awak
awak ingat tak awak pernah bagitau saya
awak tak akan tinggalkan saya lagi melainkan saya yang minta untuk ditinggalkan...
hehhehe...
itu tak penting untuk saya
yang penting,apa pun keputusan awak...awak bahagia

saya masih ingat lagi kali terakhir kita tengok wayang bersama
awak minta saya tunggu di mid valley
mungkin itu kali terakhir kita tengok wayang bersama
hehehe...
terima kasih sebab sudi jumpa saya walaupun terpaksa
awak jugak terpaksa ambil saya dari KL Cntral hantar saya ke hospital
kerana muntah2 yang berterusan
dari jauh awak datang ambil saya
then tunggu kat wad kecemasan
keesokan harinya kita balik rumah kan?
itulah kali terakhir kita bersama
maafkan saya

dan sekarang awak dah jumpa kebahagiaan awak
saya masih takut untuk lepaskan awak kat orang tu
tapi bila saya dah tahu siapa dia,saya rasa lega..
saya masih ingat lagi di saat awak nak minta untuk dijauhkan sementara waktu
saya sedih sangat sebab awak tak bahagia dengan saya
dan masalah yang kita hadapi
saya tak tunaikan janji saya
maafkan saya dan keluarga saya
mungkin saya dah terlupa pada janji dulu...
saya tak menghargai orang yang berada disamping saya

apa yang berlaku tu tak penting
yang penting awak bahagia sekarang
saya pun bahagia
saya nak awak tahu yang saya nak awak bahagia
saya tak mampu
mungkin kita sekarang bukan sapa2 lagi
dah tak ada apa2 lagi
dan mungkin suatu hari nanti awak dah tak ingat siapa saya
hihihi...
tapi saya sentiasa ingat orang yang pernah menjadi sebahagian
dari hidup saya suatu masa dulu
saya nak tengok awak bahagia atas pelamin nanti
itu yang saya harapkan

hari ini...saya nak ingatkan awak
dah genap 10 tahun kita berkenalan
hari ini...SELAMAT ULANGTAHUN PERSAHABATAN KE 10
dan sekarang...dah tak ada apa yang saya nak dari awak
awak dah jelaskan semuanya
terima kasih untuk awak....seorang sahabat...terakhir