Monday, June 28, 2010

...wHy?

WHY u Omit ur hp?
WHY u fOrgOt tO bring it back?
WHY u dO nOt bring it wif u?
WHY u gO back sO early?

WHY shOuld i hOld ur hp?
WHY my mum angry tO me cOz Of da hp?
WHY i feel sO afraid tO hOld ur hp?
(ye la...hp tu kn mahal.dh la Org punya..wisau la)
HOW dO i keep da trust?
em...tktnye...
RASYID...i wanna tell u dat su tkt sgt pgang ur hp ni
tlg ingtkn su supya xlalai jga ur hp.
insyaAllah,it will safe wif me..

...rEjAb...

Bulan Rejab

Pengertian Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa Penting

1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)

Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Amalan

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah. Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak.

Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

Sumber Disediakan oleh;
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat
Jabatan Mufti Negeri Melaka

http://www.al-azim.com

Friday, June 11, 2010

....yA Allah...

wahai Tuhanku,
berikanlah kepadaku iman yang kuat
dan keyakinan yang tidak lagi dipengaruhi kekufuran
dan berikanlah kepadaku rahmat
yang dengan die aku mencapai kemuliaan
dari kemualiaanMu di dunia dan akhirat

Ya Allah,
limpahkan kesabaran ke atasku
kukuh dan tetapkanlah pendirianku
dan tolonglah mengingatiku yang mengingkariMu

Ampunilah diriku
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
lagi Maha Mulia..
Amin.

...M.E.L.A.Y.U...

~PERJUANGAN BELUM BERAKHIR~





~MELAYU...JANGAN LUPA LAGI!!!~




Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

...uNeXpEcTeD...

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

salam...
semalam yg berlalu
ku rasakan
perit
pedih


lain yg di rancang
lain yg terjadi
10 jun 2010
mengapa mesti wujud hari tersebut?

sOmtim happened pd hari tersebut
sy berciap2 utk pergi ke 1 tempat
tapi
t'pksa pergi ke tempat lain
tanpa dirancg
tanpa diduga
kekalutan mula menguasai diri
kerisauan membenak di fikiran
tekanan menghimpit jiwa
kepenatan mula dirasai

dari timur ke barat
utara ke selatan
xtau ke mana lg kakiku ingin melangkah
bejat fikiranku
waduh
ape yg harus ku lakukan saat itu
mahu saja ku menangis
tiada titisan yg keluar
ku ingin berlari pulang
tetapi kakiku bagaikan terikat disitu

Ya Allah
dugaan apa
yg telah Kau berikan kpd hambaMu ini?
jika ia adalah utk menguji keimananku kpdMu
kurniakanlah nikmat iman itu kpd ku
jika ia blh menghapuskan keslahanku
ampunilah dOsaku
jika ia sbg peringatan kpd kealpaanku
berikanlah cahaya hidayahMu kpdku
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
apa yg Engkau rancangkan kpd hambaMu
yg tersangat lemah ini
tunjukkan aku jln yang Enkau redhai
amin...

perutku blm diisi
wlaupn dh mendendangkn pelbagai lagu
diminta utk diisi
tapi xku hiraukn
krn kerisauanku mengatasi segalanya

alhamdulillah...
bila semuanya dh stabil
bru blh blk umah
kul 3 lbh jgak la
b4 dat
gi mkn dlu
mknn ringn je
aiskrim
skadar mengals perut

smpai umah dlm kul 5.45 ptg tu
ingt nk rest
tp xleh lg
krn 1 lg kewajipan yg perlu ku tunaikan
undangn ke mjls p'khwinn sOrg shbt
akn ku laksanakan selagi terdaya

pas mghrb ade metim t'gempak ngn family
dh bncg wat shOuld we dO
em,knpa msti diriku yg m'hubungkn ikatan ini?
never mind
ok je
yg penting semua pihak blh trima 1 keputusan
insyaAllah blh slesai nnti

after dat tlg ayh kt kdai jp
then msuk tidO

i try to be the best
insyaAllah
i can dO it
pray 4 my life


"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"

Wednesday, June 9, 2010

...uNtUkMu..~rEmAjA~...

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya
nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~

Tapi saya tetap
merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.

Saya mula berfikir,
"Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Tak nak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.

Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.


~credit to rhymee~

Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya
banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.

Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak.
Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun.
Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.

Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa
berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa.
Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.

Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple.
‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah,
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu.

Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:

Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun berfikir,
"Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan.
"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya,
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."


Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak.
"Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate.
Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

Dengan suara yang lembut abang tu jawab:

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."


Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."

" Zina hati?” Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

"Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."


Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'."


Tiba-tiba saya terfikir,

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"


Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,

"Ata kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."


"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."


Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

SENDING..

MESSAGE SENT

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."


Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang
tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


Masa terus berlalu. Saya terus
sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir,
"Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.
Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "



Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah.
Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.

TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA...

~petikan dari iluvislam~

Sunday, June 6, 2010

...miZ dAt tHiNg...


waduhai...
i miz dat thing muchy2 la
where r u?
u r my sOul
my heart
my spirit

my life
my inspiratiOn
but i lOst u
when u wanna cOme back tO me huh!
dun leave me alOne

i can't speak
can't sleep
can't eat

can't do anytim
withOut u

beside me
of whOle my life

plz cOme back tO me
lol
wass...

plz la..
i beg ur plz
miz u my RING...

Saturday, June 5, 2010

...kOnvO dAy...

salam...
hari yg ditunggu2
sdh pn tiba
slama 3 thn
b'gelut dgn kesakitan
kepayahan
kepenatan
ke'tensiOn'an
b'perang dgn kemalasan
ke'bOrim'an
kesibukan
akhirnya
inilah hasilnya...
alhamdulillah...
walau sush
n brape kali kene repeat pOm
sy tetap dpt habiskn dlm mase 3 thn ni
insyaAllah
4 thn lg yg akn ku kOrbankn
utk peringkt seterusnya
amin...

eh,merapu ape lak sy ni
huhuh
cerita b'mula..
pg tu bngun awl lg
ye la
nk kene gi awl
nnti xdpt naik parking kete kt atas
xpsl2 kene naik ngn bus lak
hihih
lgpn xnk my parents duk dewan b'asingn
nnti sush nk cari
kalO g lewt
dewan tu msti dh penuh

ayah+ma+sy je g pg tu
ayah ngah+che ngah+alOng g lewat sket
cOz diOwg nk kemas brg
nk cek Out hOtel tu trus nnti

then sy kene b'pusu2
utk beratur ikut nO gilirn
b4 dat sempat lg nk b'gmbr
hihih
ye la mane xnye..
jmpe bdk2 dungun
gumbira ase
dh lame xjmpe
ngn ayu+umai+mimi+mira+zyka+fatin+syikin+ida+nisah
rmai lg la
(sOwi la kalO ade yg sebut nama tu)
windu terubat

dh b'arak ke hall tu
ase b'debar lak
tp bkn men lame lg duk bratur nk msuk tu
huhuh
b'debar pn dh ilang
b'gnti pent lak

dh masuk hall tu
ase t'haru
di smbut dgn red carpet lak tu
mcm VIP ase
hihhi (kOya)
= p

aduyai..
seramai 911 Org tu
saya turn ke 807
dh la hp tggl kt ayah
kmera lak ngn alOng
jeles lak tgk bdk2 len amk gmbr
xpe after diz
blh je amk gmbr bnyk2

dh smpai turn sy
wah...
kencangnye debaran ku rasekn
huhuh
dh amk skrOl tu
lega ase
nk nangis pn ade
hihi ;p
(manje)

mase da last persOn yg naik tu
rmai tul yg tepuk tngn
dh la kuat lak tu
mane xnye
dh last kn

hampeh tul
hihih
tym kua tu
xjmpe ngn sape2 pn yg kenal
huhu
my parents
sis
waaaarrrggghhh
mane lak diOwg m'hilang

last2 jmpe ngn ayub
die ciap bg bunga lg
t'harunya
pinjm hp die jp
kOl my dad=~Off~
alOng=~Off~
wan=~Off~

then jmpe tikah
bOrk2+b'gmbr ngn diOwg
tp bkn ngn my cmera
xaci tOl ;(

tiba2..(ayat suspen r kOnOn..)
my num kOl tikah
em,ni msti ayh kOl
cOz my hp ngn die
tp rupanya wan yg kOl
Oh..
ni mst wan dh jmpe my parents
tp mane alOng????
dh jmpe my parents
my mum bg bunga jgak
hihi
sy pilih sndiri la
wan yg byrkn
hahaha
tggu alOng n ayh ngah smpai
nk b'gmbr ngn fmily
then jmpe my fremz
b'gmbr ngn diOwg
my cmera still ngn alOng lg
xleh nk amk gmbr gune my kmera la
xpela
nnti diOwg passing2 la ye
(arap2 la)

dh puas b'gmbr n 'mkn nenas'
sy g hntr jubah n amk sijil+transkrip ngn wan
my fmily tggu kt bwh dh
esOk kene dtg lg amk gmbr
penat...
after dat..
nk g jln2 rOund kL...
(ye ke nk rOund)
hihih..


my lOvely family

wif wan

wif my sis

keluarga bahagia

ayh ngah+che ngah+alya+ayuni

~inilah barisan kita~

wif my mum
btw...
i wOuld like tO give thanks tO my sOures Of inspiratiOn;
yg xpenh jemu
melayan krenah ank yg nakal ni
bnyk b'kOrbn wang ringgit
tenaga
masa
bnyk luangkn masa
utk m'dengr rintihan
dan keluhan
hati ini
pengOrbananmu yg amat ku ingt
smpai ke akhr hytku..
akn ku balas sgala yg telah ayahnda+bOnda berikn
thanks a lOt>
::MY HEART::
~ayah+ma~

utk mencurahkn ilmu2
kpd anak didik
ank bngsa mereka
salah 1 pencetus
kpd kejyaan kami
ank2 dip.Of accOuntncy
uitm dungn
pembakar semangt kami
utk terus gah di dlm pelbagai situasi
dan halangn,cabarn mahupun dugaan
jutaan kasih dijunjung utk pensyarah uitm dungun>
::MY MENTOR::
*terutamanya bekas KP DIA
~Pn Emiza Tahar~

*my mum
~Pn Anita Che Hassan~

*KP DIA
~Pn Rosliza Ghazali~

~allz my lecturers~

utk yg sentiasa memberi dorongn
dan sokongn
dlm hidupku
sanggup menjadi diariku
mendengr cemuhan
keluhan
dan rintihan
suka duka
hidupku
di mana
ape jua keadaan diriku
kalian sanggup terima diriku seadanya
jatuhku
kalian bangunkan
sakitku
kalian sembuhkn
lalaiku
kalian insafkan
diriku adlah dirimu
sahabatku>
::MY INSPIRATION::
~wan~
~alOng~
~ust.pian~

kepada kawan2 seperjuangn
yg same2 jatuh bangun
dlm mengharungi
sebuah kehidupan
yg amat perit
dan amat bermakna
bnyak yg mengajar kita
the real wOrld
yg perlu kita tempuhi
bersama
sush senang bersama
sehingga kita same2 berjaya
tiada beza antara kita
iaitu
destinasi kita utk mencapai kejayaan!
bekerja dgn kalian amat senang bagiku
kenangan bersamamu amat manis bagiku
rindu kalian.>
::MY STARZ::
~all my fremz~

...pErJaLaNaN kE kOnvO...

salam...
26hb mei sy dh b'tOlak ke kL
ngn bus
ma+alOng g hntr kt stesen bus
smpai sane kwn gi amk
gi mkn
then blk tidO
hihih..
pg kamis tu
gi main ice-skating
kt sunway pyrmid
wah...
serOnak..
hmpir t'jatuh skali tu
hihih
xpuas men lg guard dh suh kua
time-Out
huhuh
dh la xleh nk b'gmbr dlm tu
sbr je la
after dat gi blk umah kezen
kt setia jaya
b'mlm kt situ
bez jgak la
bOrk2 ngn kak ita
hihi
lawak jgak die
abg din pn same
curi2 amk gmbr...hihihi 8)
esOk tu
wan g hntr kt shah alam
amk jubah
jmpe ngn mek su+tikah
after try mene'ry jubah kOnvO tu
g m'D
then blk umah kak ita lg

otw g uitm s.alam

try dlu la..

suasana mase amk jubah

ngn tikah cute



wan ngn abg din g smayang jmaat
sy rest jp
cOz skt pale sgt tym tu
ntah nape
tym diOwg blk
tu sy sdiakn air
then bOrk2 ngn diOwg
after dat nk bngun smyg asar
xleh nk gerak
pusing dunia ase
fening..
last2 t'lelap
wan ngn abg din tgk citer
last2 sume t'lelap
hahaha
dh kul 5 lbh tu
ayh kOl wan
cOz b4 dat ayh dh kOl my num
tp xt'sdar lgsung
then ktOwg b'gerak ke tempat yg di janjikn
my fmily dh smpai kL
dh jmpe diOwg
gi mkn2
then blk hOtel blue wave
kt area s.alam gak
pent sgt
tp sempat la irOn bju
b4 tidO..
xsbr nk tggu ari kOnvO..
gud nite...
kat blue wave hOtel s.alam
~cOmfOrtable...~