Monday, March 18, 2013

..sYuRgA kiTa...

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...
kesihatanku dah semakin baik
minggu ni minggu terakhir aku bercuti
ehm,tak sabar nak masuk kerja
tapi kerja2 rumahku belum disiapkan lagi
banyak lagi yang perlu aku siapkan sebelum zauji balik
ada surprise untuk dia
hihihi...

sekarang zauji sibuk sangat
hari ni tak dapat dengar suara zauji lagi
bila mesej tadi
zauji baru siapkan kerja dia
kurang sihat katanya
dah nak maghrib baru nak sentuh makanan
huhu...
mungkin sekarang zauji duk rest kan
selamat berehat ye...

aku cuma nak kongsi sedikit la pengalaman yang pernah aku sendiri rasai
untuk sahabat2 yang baru nak mendirikan rumahtangga
buat persediaan mental dan fizikal betul2 la
terutama mental 
kena banyak bersabar dan janganlah cepat melenting
bertindak menggunakan akal...
jangan sesekali cepat melatah dengan sesuatu yang terjadi

siapa pasangan kita yang kita kenal sebelum kahwin
bukanlah dirinya selepas kahwin
mungkin kita kenal dia sebelum kahwin hanyalah 10% daripada dirinya yang sebenar
macam aku sendiri
kami kenal
dan tak pernah nak menyelami dirinya
sebab aku tak pernah terlintas pun dia akan jadi suamiku
hihi
jadi,kami sekadar berkawan
tanpa diduga
dia telahpun melamarku
huhu
boleh ke aku terima seseorang yang aku sendiri tak kenal betul2 siapa dia

dan sekarang...
ya...aku boleh terima dia seadanya
tapi take time sikit la
sebab kami ada kemahuan dan kehendak masing2
kena banyak toleransi lah
kadang2 tu ada jugak yang aku pendam
yela...lebih baik ikut je kehendak suami...
takkan la sampai nak bergaduh pulak sebab nak pertahankan kehendak masing2 kan
mula2 tu pendam la jugak
dah lama...ok la
malas nak layan sangat

tapi ingat2
bila kita dah setuju dengan pendapat dia
then, sesuatu terjadi bila kita ikut pendapat pasangan kita
jangan sesekali mengungkit...
"tadi saya dah bagitau jangan buat,tapi buat jugak...sekarang apa dah jadi?"
jangan nak menyalahkan satu sama lain
terima dugaan itu sebagai asam garam kita bersama
jadikan sebagai pengajaran untuk pasangan kita supaya tak ulangi kesilapan itu lagi
aku pun banyak jugak nak zauji ikut je kehendak aku
zauji pulak tak banyak ragam
main ikut je
hihi
tapi bila dah aku buat tu salah
zauji senyum je kat aku
hahaha
malunya
aku mintak maaf la sebab tak dengar pendapat dia tadi

ehm,dugaan paling besar dalam rumahtangga ialah HATI
berhati2 lah dengan apa yang terlintas dalam hati kita
jagalah hati
sentiasa doakan yang terbaik untuk dia bila kita sakit hati kat dia
jaga mulut
banyakkan diam bila bergaduh
selitkan perkara yang kita nak tegur tu dalam gurauan dengannya
jangan tegur ketika pasangan sedang marah

pesanan ayahnda...
peluk dia bila perlu
aku tak faham "bila perlu"
ehm,peluklah pasangan bila dia marah, menangis, buat silap...
tak perlu berkata2 bila emosi menguasai diri

membebel je aku ni...
aku nak kongsi je apa yang perlu
mungkin pengalaman kita berbeza
buatlah yang terbaik untuk diri dan pasangan kita
kerana kita akan bersamanya di syurga abadi
bukan hanya di dunia fana ini..

fighting!


No comments: