Wednesday, March 26, 2014

...fObiA...

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah...
kali ni ibnu roh selamat dalam kandunganku
mungkin ini rezeki Allah utk hambaNya
selepas Dia turunkan pelbagai dugaan
dh beberapa kali kecewa kerana keguguran
rupanya ada hikmahNya
syukran ya Allah...

sepanjang 9 bln ni
banyak jugak ujian dari Allah
tp alhamdulillah
ibnu roh ni masih boleh bernyawa dan ibunya???
masih boleh kawal keadaan
kerana Allah bersama kita semua

pada 1st trimester tu
alahan tak lah teruk sgt
tp aku ada gastrik
so,problem jugak la
bila mkn je,muntah
perut jd kosong
gastrik pun datang mengundang
hahaha...
aku pun terpaksalah bertandang ke hospital utk 4 hari
tak sabar nk keluar wad
siap merengek2 kat staff nurse utk keluar awal
beliau nasihatkan aku utk banyakkan minum air kosong
dan kerap makan walaupun dgn kuantiti yg sedikit
tp masalahnya aku akan muntah jika mkn
so,beliau menyarankan aku utk mkn sesuatu yg aku rasa nak makan
and boleh telan makanan tu
apa lagi
request kt zauji utk beli burger KFC la
hihihi
yg ni je aku blh telan
mmg btl la
aku tak munth and kesihatan semakin stabil
bila dah keluar...fuh...bebas

masa kandunganku 5 bulan
zauji pulak kene masuk wad sebab denggi
sebelum ni zauji dah demam panas dan tak kebah2 selama 3 hari
last2 aku bawak ke hospital then
mmg kene warded la...
suspek denggi sebab platelet kurang dari 150 (tak ingt dah nilai yg tepat)
baru suspek...kalau denggi betul2,platelet bawah 100
so,nasihat doc banyakkan minum air kosong and air berisotonik
ataupun makanan yg sedikit bergaram
aku dengan relahati menjaga zauji kat wad selama 3 hari
walaupun zauji tak membenarkan
kerana risaukan kesihatan aku dan kandunganku
tapi aku tetap stay kt hospital jugak
sebab kalau aku xstay kat hospital tu
zauji akan minum air banyak ke tak
ubat makan ke tak
aku sanggup stay kt situ utk paksa zauji buat semua tu
hihi
air kosong,100plus,sup ketam nipah,air pegaga dan air daun betik
adalah ikhtiar kami utk menyembuhkan penyakit zauji
alhamdulillah...
zauji boleh konvo sebaik sahaja keluar dari hospital
tapi aku still lagi proses air daun betik utk zauji masa gi konvo
hihi...cuak zauji dibuatnya...




2nd tym aku dimasukkan ke wad kerana kandunganku lemah
jantung ibnu roh tak dapat detect dengan CTG dan juga scan
aku dah risau
dari klinik desa ke klinik kesihatan then klinik bandar terus ke hospital...warded
1st day tu memang lemah
2nd day dah stabil
then aku mintak nk keluar wad kalau dah stabil coz aku dah betul2 tak selesa
mane taknya
aku ni duk atas katil
nampak cam tak sakit je
malu kat katil hospital tu
sgar bugar je
hihi
lagipun auratku terbatas
sedangkan tym ni la
wanita yg mengandung akan sakit2 badan
mintak diurut
dan tak selesa ketika tidur
sebab tu aku dah tak nak duk kat hospital lagi

zauji dah mula jeles
asyik2 aku je yg sakit kn...hihi
2nd tym zauji suspek denggi berdarah sebab demam panas lagi
dan naik bintik2 kat seluruh badan
tapi tak lama sebab aku bagi segala bagai ubat dan ikhtiar
2,3, hari je platelet naik sampai 215
alhamdulillah...
~tak kene warded~

kandungan mencecah 8 bln
aku demam+batuk+selesema
kerana terlalu kuat batuk menyebabkan back pain
sampai tak boleh bangun
zauji terpaksa blk dari opis then bwk aku ke hospital kb
dari pagi...sampai ke ptg baru pakar bg result
yg aku kene warded
waaaaaarrrrgggghhhh
tak nak dah...
giler fobia aku bile nk masuk wad ni
aku merayu kat pakar tu
berdalih itu dan ini
alasan terakhir aku bagi kt pakar tu
yang aku lagi rasa sakit bila duk kt wad
sebab psikologi...bila kita berada dipersekitaran org2 yg sedang sakit
minda kita akan lemah
hahaha...
accepted!
aku dibebaskan
walaupun tanganku dah pakai tag name
and katil pun dah menugguku
tapi akhirnya aku blk jugak...
lebih kurang pukul 6 ptg jugak la
thanx doc!
~kredit to zauji,bonda and Mardhiah kerana sudi menemaniku~

sekarang ni sakit nak bersalin dah mula rasa
tapi aku tak nak ke hospital
bila disarankan oleh zauji
yela...zauji risau jugak sebab tak tau nk bersalin ke tak lagi
hihi
jangan tkt ye zauji...
sebab aku lagi tkt bile duk kt wad
hahaha....
mlm2 ku ditemani cengkerik2 yg sama2 tak boleh tidur mcm aku jugak
kerana sakitku tiap2 mlm menyebabkan aku tak boleh tidur
menuggu masa ibnu roh meminta utk diterankan je skrg ni
mungkin ibnu roh belum puas duk berzikir dan berada dialam suci itu
tak ape syg...ummi tggu
masih berbaki 2 hari lagi dari tarikh due
ya Allah...
jika takdirku yang Engkau tentukan untukku mudah bersalin
Kau permudahkanlah
jika ia adalah sebaliknya
aku redha dengan ketentuanMu
kerana Engkaulah sebaik2 perancang
aminnn ya Rabb...

ketika 8 bulan

No comments: