Tuesday, March 18, 2014

...mAsiHkAh???...

Sahabat...
dalam kabur ku tercari-cari cahaya
akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu
andainya alam ini mampu berkata-kata
pastilah pujian buat dirimu
diwaktu itu akulah yang bertuah
punya sahabat sepertimu

Assalamualaikum w.b.t...

SALAM ULANGTAHUN PERSAHABATAN KE-12
~walaupun beberapa hari dah lepas tp aku tetap nk wish jugak~

tapi masihkah ada lagi status 'sahabat' dalam dirimu?
atau 'sahabatku' itu sudah lama menghilang?sunyi tanpa berita...
bukankah itu janjimu dulu..."kita tetap sahabat..."
mungkin engkau sedang sibuk memikul tanggungjawabmu...
aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu...

seorang sahabat impianku...
yang sentiasa disisiku berkongsi susah senang diwaktu dahulu
telah tercapai impian itu
tapi kabus ditengah jalan...
engkau masih disitu?
aku mengharapkan engkau akan hilangkan kabus itu
dan memberikan kepastian kepadaku
samada engkau masih disitu atau....????

apapun yang berlaku
aku tetap bersama memori kita sepanjang hidupku
setiap apa yang terjadi antara kita banyak membantuku
untuk meneruskan hidup
bila jatuh,kita bangkit bersama
bila senang, kita saling menyedarkan 
aku senang bersamamu

hari terakhir kita berjumpa
semasa kita dating di hari lahirmu pada tahun 2012
aku bersyukur masih dapat bersamamu walaupun masing2 sibuk dengan kerja
dan hari terakhir aku melihatmu 
ketika engkau menghadiri majlis konvo adikmu di uia gombak
pada masa itu
belum sempat aku menegurmu...
engkau sudah hilang dari pandanganku
sekali lagi aku nampak kau sedang bergambar dengan keluargamu...
apa pun aku bersyukur bila melihat dirimu semakin sihat dan ceria

sebenarnya aku tak sabar
menantikan kehadiran zuriatku ini
dan berkongsi cerita kegembiraan ini bersamamu sahabat
diwaktu ini lah aku mencarimu
dan akan kubawa ibnu roh ini ke majlis perkahwinanamu nanti
wah...bahagianya...
huuhu
maaf...
itu cuma angan2 ku...

dimana kau berada
aku sentiasa mendoakanmu
be a good servant...
Allah sentiasa merindukan doa dari hambaNya



No comments: